Apabila ujian dan kesusahan hidup semakin meningkat, untuk merasai keajaiban dan kegembiraan hidup dalam hari-hari yang dilewati kelihatan semakin berkurang. Dalam isi kandungan pada kali ini, kami memperkenalkan Changsin-dong iaitu tempat di mana anda boleh merasai persekitaran romasa dan kepuasan dalam mendalami erti sebenar kehidupan yang hilang.
Apabila Pasar Dongdaemun Pyeonghwa berkembang secara pesat, deretan kilang-kilang jahitan yang ditubuhkan semakin berkembang sehingga ke kawasan Changsin-dong. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang terdapat banyak kedai jahitan dan Tailor. Suasana tenang menyelubungi ketika suasana retro diwujudkan sambil bertabirkan kekuatan dalam semangat ketabahan dan daya tahan masyarakat di kawasan tersebut. Semua tempat yang akan diperkenalkan adalah kawasan yang dapat di jangkau dalam jarak berjalan kaki. Oleh itu, marilah kita berjalan santai sambil menzahirkan kesyukuran dengan kehidupan dan keindahan hidup yang kita perolehi.
01
Balai Cerap Perlombongan
Naksan merupakan kawasan yang berhampiran Changsin-dong dan terkenal dengan granit berkualiti tinggi. Kawasan tersebut pernah digunakan sebagai kuari batu dan membekalkan bahan binaan untuk mercu tanda utama seperti Stesen Gyeongseong (kini Stesen Seoul) dan Gyeongseong Bucheong (kini Dewan Bandaraya Seoul). Tebing yang dibentuk oleh perlombongan jangka panjang adalah tempat di mana anda boleh menikmati pelbagai pemandangan yang menakjubkan dengan bentuk unik batu kapur kelabu, pepohonan hijau dan keindahan bunga bermusim.
Balai Cerap Perlombongan merupakan salah satu tempat di mana anda boleh menikmati pemandangan tebing dan latar langit terbuka Seoul. Di tingkat dua balai cerap tersebut digunakan sebagai tarikan lain iaitu kafe makanan dan minuman di mana anda boleh menikmati pemandangan indah sambil menikmati minuman di dalam ruangan yang selesa. Manakala tingkat tiga bangunan tersebut adalah teres luar yang di sediakan khas untuk anda menikmati pusat bandar Seoul sambil ditemani hembusan angin sejuk.
51 Naksan 5-gil, Jongno-gu, Seoul
Hari bekerja 13:00~22:00, Hujung Minggu 10:00~22:00 Tutup setiap hari Isnin
Pintu Keluar 1 Stesen Changsin, Laluan Kereta Api Bawah Tanah 6
02
Lorong Tebing Changsinz
Selepas Perang Korea, aktiviti perlombongan dihentikan menyebabkan pendatang serta pelarian berkumpul di kaki tebing di Changsin-dong dan akhirnya membentuk sebuah perkampungan kecil yang boleh diterokai dalam masa sejam. Rumah-rumah bata merah yang tersusun rapi membawa anda merasai pengalaman menarik dan memberi gambaran seakan-akan masa telah berhenti untuk seketika. Jika anda meletakkan telefon anda seketika dan menikmati pemandangan sekeliling lorong sambil mendengar angin sepoi-sepoi dan burung-burung bernyanyi, anda boleh menikmati pengalaman yang anda tidak boleh dapatkan di tempat lain. Penduduk yang berjalan-jalan santai, bunyi samar-samar mesin jahit dari sebalik pintu terbuka, atau bunyi besi basikal penghantar barang berlaga ketika roda berputar sibuk lalu lalang di sepanjang jalan pasti akan menjadi satu-satunya peringatan bahawa anda tidak bersendirian.
Pintu Keluar 1 Stesen Changsin, Laluan Kereta Api Bawah Tanah 6
03
Woo Mul Zip
Seperti kata pepatah, 'Makanan yang baik menyuburkan jiwa,' makanan yang baik bukan sahaja meningkatkan kesihatan anda tetapi juga jiwa anda. Woo Mul Zip ialah restoran yang menyajikan hidangan istimewa Korea bermusim yang menyuburkan jiwa. Dengan hiasan tingkap kaca bulat yang luas memberikan pemandangan yang indah ketika menjamu selera, serta gaya Hanok yang diwakili oleh suasana moden mencipta suasana yang unik. Tempat ini adalah tempat yang popular, oleh itu kami mengesyorkan agar anda membuat tempahan lebih awal melalui aplikasi Catch Table.
46 Naksan 5-gil, Changsin-dong, Jongno-gu, Seoul
11:30-21:00, setiap hari
20 minit berjalan kaki dari Exit 1 Stesen Changsin, Kereta Api Bawah Tanah Laluan 6, atau / Ambil laluan keluar 2 Stesen Changsin, naik bas hijau No. 03 di Jongno, dan turun di persimpangan tiga arah Naksan (mengambil masa 5 minit)
💡 Perkara berdekatan untuk turut dilihat Taman Naksan dan tembok kubu dengan pemandangan indah Seoul
Jika anda mendaki tangga di lorong-lorong kawasan perumahan kecil di Seoul, anda boleh menemui kafe 'Donut Jungsu' yang dipenuhi batu apung. Walaupun luaran dan donat yang dijual di Donut Jungsu adalah ringkas, tetapi bahagian dalamannya penuh dengan inti. Mari menikmati donat Korea style di dalam bilik gaya Hanok yang indah dengan tembikar dan di payungi pencahayaan lembut di seluruh ruangan dan pastinya anda tidak akan dapati dimana-mana tempat lain. Anda boleh menikmati pemandangan bandar melalui tingkap besar, terutamanya jika anda melawat pada waktu matahari terbenam, anda juga boleh menikmati pemandangan cahaya matahari yang hangat.
23-492 Changsin-dong, Jongno-gu, Seoul
11:30-22:00, setiap hari
20 minit berjalan kaki dari Exit 1 Stesen Changsin, Kereta Api Bawah Tanah Laluan 6, atau / Ambil jalur keluar 2 Stesen Changsin, naik bas hijau No. 03 di Jongno, dan turun di persimpangan tiga arah Naksan (mengambil masa 5 minit).
💡 Perkara berdekatan untuk turut dilihat Satu lagi kafe Changsin-dong dengan pemandangan menarik tarikan berdekatan, Tertre T(ER)T(RE)