
Tteokbokki Korea telah menjadi makanan khas Korea sejak Dinasti Joseon, tetapi tteokbokki merah yang diperbuat daripada pes cili merah diasaskan selepas era pembebasan perang. Tteokbokki disukai oleh semua orang yang menghabiskan masa persekolahan mereka di Korea. Bila teringat snek di hadapan sekolah, cerita-cerita kecil akan diiringi bersama makanan merah yang penuh dengan kenangan dan kualiti yang sepadan dengan harganya.
Kebelakangan ini, rentetan restoran francais tteokbokki besar telah muncul yang memenuhi pelbagai selera masyarakat. Namun begitu, pada akhirnya orang ramai tetap mencari tempat seperti bar snek di hadapan sekolah untuk merasai nostalgia. <Oraegage Tteokbokki Road> ialah laluan yang disyorkan untuk mereka yang ingin merasai budaya tteokbokki tradisional Korea semasa menerokai kawasan Gangnam.

Pasar tradisional bawah tanah Gangnam yang tersembunyi
Pusat Beli-belah Bawah Tanah Eunma
Pusat Beli-belah Bawah Tanah Eunma adalah tempat di mana terletaknya Manna Bunsik. Tempat ini ialah pasar bawah tanah bersejarah yang jarang ditemui di Korea. Tempat ini dibina pada tahun 1978 dan masih menjadi ruang yang melindungi dompet penduduk Gangnam. Gangnam ialah kawasan utama yang dipenuhi kira-kira 60% pangsapuri mewah di Korea. Di antara kampung-kampung besar yang kaya, kewujudan Pangsapuri Eunma dan Pusat Beli-belah Bawah Tanah Eunma adalah tempat dan kediaman yang diciptakan untuk orang awam yang tidak mempunyai rumah. Kini tempat ini semakin dikenali dan bersinar.

Di Pusat Beli-belah Bawah Tanah Eunma, selain 'Manna Bunsik' yang diperkenalkan sebelum ini, terdapat juga kedai-kedai lain yang berkait rapat dengan kehidupan sebenar masyarakat disini seperti kedai lauk pauk, restoran menjual buah-buahan, kedai menjual daging, kek nasi, alkohol, tempat-tempat jahit baju dan dll. Oleh itu, anda boleh menikmati tteokbokki sambil melihat kedai-kedai berdekatan.


Apabila melalui kawasan ini, anda boleh melihat suasana mesra pekerja pejabat, penduduk dan pelajar duduk bersama untuk menikmati makanan dan menghabiskan masa di kedai di kedua-dua belah lorong sempit itu.

Daerah fesyen nombor 1 di mana anda boleh bersiar-siar sepanjang hari tanpa henti
Pusat Beli-belah Bawah Tanah Gangnam
Pusat Beli-belah Bawah Tanah Gangnam yang bersambung terus ke Stesen Gangnam di Laluan Kereta Api Bawah Tanah 2 dan Laluan Shinbundang, mempunyai suasana yang berbeza daripada Gangnam-daero di atas tanah. Memandangkan Gangnam ialah daerah fesyen nombor satu, terdapat lebih daripada 200 kedai yang pelbagai termasuk kedai fesyen/kecantikan seperti pakaian, kasut, aksesori, kosmetik, kedai telekomunikasi, kedai roti, restoran dan pelbagai barangan.

Terdapat begitu banyak produk berbeza yang dipamerkan sehingga anda boleh berseronok bersiar-siar, mencuci mata dan membeli-belah sepanjang hari. Terdapat juga bar snek di pusat membeli-belah bawah tanah di mana anda boleh mencuba pelbagai hidangan seperti tteokbokki, gimbap dan mandu, yang pastinya anda boleh memuaskan rasa lapar anda semasa membeli-belah.
Terdapat kawasan rehat di 'Meeting Plaza' di bawah Exit 9, jadi anda boleh duduk menikmati suasana sambil membeli-belah dan menjadi tempat menunggu kumpulan rombongan, tempat melepaskan lelah, atau menggunakan loker.

Mengekalkan rasa tteokbokki segera yang tidak dapat dilupakan
Apple House
Apple House yang dibuka pada 1987 merupakan restoran yang mengekalkan rasa 'instant tteokbokki' yang dimasak dan dihidangkan untuk dimakan oleh pelanggan di atas meja dengan meletakkan periuk dan bahan-bahan di atas dapur mudah alih.Jom membuat tteokbokki anda sendiri di Apple House dengan menambah mi dan apa sahaja bahan yang anda mahukan.

Seperti namanya, Apple House menawarkan tteokbokki berperisa manis, masin, masam dan pes cili merah yang kaya dengan perisa. Oleh kerana rasa yang unik pasti akan membuatkan anda ketagihan. Malah Ia dianggap sebagai salah satu daripada tiga restoran tteokbokki terbaik di Seoul. Pada asalnya, Apple House ialah bar snek kecil yang bermula sebagai gerai makanan di Banpo.


Apabila khabar dari mulut ke mulut tersebar dan bilangan pelanggan meningkat, kedai itu mengembangkan perniagaanya melalui beberapa penempatan semula. Kawasan berhampiran Stesen Isu, di mana Apple House terletak pada masa ini, adalah tempat yang menarik di mana anda boleh melihat bangunan moden dan pemandangan bandar dari Seoul.
Tarikan terbesar Apple House ialah ia mengekalkan rasa tteokbokki yang lama. Malah pada ketika ini, pemiliknya mengatakan bahawa dia mengekalkan rasa itu kerana dia melihat pelanggan yang kembali ke kedainya adalah pelanggan sama yang ingin mengenang kenangan lama dan berasa gembira kerana rasanya sama seperti dahulu. Item menu yang mewakili kedai ini adalah termasuk tteokbokki instant, ladu berempah dan sundae tumis.

Restoran ini telah berpindah ke lokasi semasa dan semakin membesar, menjadikannya bar snek yang sesuai untuk sejumlah besar tetamu.
○Alamat: Lantai 2, 29, Dongjak-daero 27da-gil, Dongjak-gu, Seoul

Artikel Berkaitan

| 
|
'Traditional Trend' di Kedai Lama Itaewon | Menyelusuri keindahan istana Seoul dan abadikan musim luruh di hati anda |