Gongneung‑dong merupakan daerah yang terkenal dengan denai Gyeongchun yang ditinggalkan. Tempat yang dulunya penuh dengan sampah sarap dan tempat parking terbiar ini akhirnya telah di bangunkan semula menjadi sebuah tempat yang menjanjikan anda pengalaman merasakan jalur kereta api tua dan keindahan alam. Melalui projek baik pulih taman yang jalur pejalan kaki di lingkungan sekitar telah mengubah landskap dan pemandangan bandar sekitar.
Kali ini, mari kita meneroka dan menikmati suasana Gongneung‑dong melalui pengalaman perjalanan satu hari yang dimulai dari jalur hutan Gyeongchun. Tempat tersebut merupakan tempat istimewa kerana anda dapat menikmati pemandangan alam, perkhidmatan kedai buku dan pasar bahkan pengalaman perkebunan malam dimana Anda dapat merasakan keunikan suasana lingkungan sekitar.
01
Gyeongchun Line Forest Trail (Rel Kereta Api)
Gyeongchun Line Forest Trail sepanjang 6 km tersebut yang dibina hasil daripada proyek khas pembangunan bandar merupakan jalan yang dapat dijelajahi selama 2 jam dari Desa Damteo ke Sekolah Menengah Nokcheon. Ketika anda menikmati perjalanan di sepanjang jalan, Anda boleh bersiar‑siar dengan melalui hutan yang indah yang dikelilingi deretan pepohonan. Anda juga boleh menyelusuri laluan pejalan kaki yang menyatu dengan pemandangan hiruk piruk kesibukan bandaraya.
Terdapat banyak tempat dan arca yang mengekalkan penampilan laluan kereta api lama di seluruh taman, jadi bagaimana pula jika berjalan di sepanjang landasan kereta api sambil merasakan nostalgia masa lalu?
Gyeongchun Line Forest Trail terbahagi kepada tiga bahagian iaitu setiap bahagian tersebut mempunyai daya tarikan tersendiri. Malahan laluan tersebut juga telah disyorkan sebagai perancangan percutian bersama kanak‑kanak pada awal musim panas ini.
272‑2 Gongneung‑dong, Nowon‑gu, Seoul
Kereta Api Bawah Tanah Laluan 6 Pintu Stesen Hwarangdae 359m Pintu Keluar 2
02
Jiguboolsichak
'Jiguboolsichak' ialah kedai buku pelbagai yang terletak di sudut yang selesa di Gongneung‑dong. Rak di kedai ini dipenuhi dengan pelbagai buku dan alat tulis seperti buku bergambar dan buku nota yang dilukis khas dan dicipta sendiri oleh pemilik kedai buku.
Walaupun ruang di dalam kedai tersebut agak kecil dan sempit tetapi keunikannya adalah Jiguboolsichak penuh dengan perkara unik untuk dilihat dan diterokai di seluruh kedai. Pengenalan buku yang ditulis dengan tulisan tangan secara acak, item bergambar, dan serta perilaku orang‑orang yang berbisik antara satu sama lain menambah daya tarikan kedai buku ini.
Tempat istimewa ini adalah bukan sekadar kedai buku biasa tetapi mereka menjalankan pelbagai program. Mereka menubuhkan 'Kelab Penulisan' yang memberikan ruang kepada orang ramai berkumpul untuk menulis buku, menubuhkan komuniti membaca mereka tersendiri dan kelas reka bentuk. Oleh itu, jadi jika anda berminat dengan kedai buku ini, anda juga boleh melihat kelas khas harian. Sila ambil perhatian bahawa pada masa ini terdapat perkhidmatan 'potret 30 saat' yang dilukis oleh pemilik kedai buku dengan hanya 3,000 won.
Tingkat 1, 13 Gongneung‑ro 32‑gil, Nowon‑gu, Seoul
10:00~23:00
Stesen Kereta Api Bawah Tanah Laluan 6 Hwarangdae 426m dari Pintu Keluar 4
💡 Perkara yang dapat dicuba berdekatan Muzium Kehidupan Bandar Seoul, yang menunjukkan perkembangan Korea dengan cara yang ringkas dan menarik.
03
Goblin Market Gongneung‑dong
Goblin Market Gongneung‑dong ialah pasar di mana anda boleh menikmati pasar‑pasar tempatan yang asli. Walaupun tidak sesibuk Pasar Gwangjang di pusat pelancongan, pasar ini merupakan pasar tradisional di mana tempat penduduk Gongneung‑dong berbelanja. Walaupun pasarannya kecil tetapi anda boleh membeli‑belah barangan runcit dan barangan dengan harga yang berpatutan.
Hasil daripada aktiviti projek pemodenan, keadaan pasar‑pasar yang terdapat di kawasan tersebut adalah bersih dan sangat selesa untuk dikunjungi. Selain itu, juga disediakan atap bumbung yang dipasang pada siling yang boleh digunakan dalam sebarang cuaca. Di pasar ini anda pasti tidak boleh ketinggalan menikmati makanan yang lazat dan menyelerakan. Kawasan Goblin Market Gongneung‑dong merupakan tempat yang dipenuhi dengan snek lazat yang boleh menambat selera anda apabila anda lapar. Waktu beroperasi yang panjang sangat membantu anda untuk berbelanja dengan santai. Tempat ini beroperasi dari 8 pagi hingga 10 malam. Oleh itu jangan ketinggalan dan jemput hadir untuk melawat Gongneung‑dong serta sila lawati Pasar Goblin Gongneung‑dong.
53 Dongil‑ro 180‑gil, Nowon‑gu, Seoul
08:00~22:00
Kereta Api Bawah Tanah Laluan 6, Laluan 7 Stesen Taereung Keluar 4 359m
04
Nowon Light Garden (dahulunya Stasiun Hwarangdae)
Stesen Hwarangdae lama yang terletak di hujung Laluan Hutan Laluan Gyeongchun adalah sangat memukau dengan dipenuhi dengan lampu‑lampu yang indah pada waktu malam. Terdapat banyak perkara yang boleh dilihat bahkan jika anda melawat pada waktu siang. Hal ini kerana, terdapat landasan kereta api lama Gyeongchun, lokomotif lama, dan pelbagai dewan pameran. Pada waktu malam bermula pula senario berubah dengan pengalaman yang tidak kurang hebatnya. Anda boleh merasakan daya tarikan yang berbeza. Dengan deretan bangunan binaan yang dihiasi dengan lampu LED di sekeliling kereta api dan laluan kereta api lama, serta paparan lampu digital terperinci yang bersinar dengan indah menjadikannya sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Tempat ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati aktiviti romatik bersiar‑siar bersama pasangan mereka, dan orang yang mencari untuk zon foto ke media sosial.
Nowon Light Garden bermula beroperasi pada 30 minit sebelum matahari terbenam dan berlangsung sehingga 10 malam. Nowon Light Garden adalah sangat sesuai dinikmati pada waktu malam apabila persekitarannya mula untuk gelap gelita. Oleh itu, sila nikmati pesta cahaya berwarna‑warni dengan mengambil tempat selesa di bangku luar atau di kafe berdekatan.
608 Hwarang‑ro, Nowon‑gu, Seoul
Kereta Api Bawah Tanah Laluan 6 Stesen Hwarangdae Keluar 4 880m
Waktu operasi Selasa ‑Ahad: 30 minit sebelum matahari terbenam ‑ 22:00
💡 Perkara yang boleh dicuba berdekatan Universiti Wanita Seoul terletak di sekitar lokasi yang terkenal dengan bunga sakura.