Di manakah lokasi di Seoul yang menunjukkan nilai autentik tradisi Korea? Bukchon Hanok Village membawa anda kembali ke masa dahulu dan memberi anda peluang untuk merasai suasana zaman lampau di Korea! Bukchon Hanok Village diduduki oleh golongan aristokrat semenjak 600 tahun yang lalu, dan sehingga kini tempat ini diduduki oleh penduduk Korea yang ingin memelihara unsur dan nilai Hanok Village. Lokasi ini dikira sebagai lokasi bersejarah yang amat penting serta menjadi tarikan utama pelancong yang tiba di Seoul kerana ia mempunyai lorong-lorong yang dipenuhi rumah Hanok dan menjadi tempat dimana kecantikan rumah Hanok dihargai dan dipaparkan.
8 Pemandangan di Bukchon
Bukchon Hanok Village yang terletak diantara Bugaksan Mountain dan Namsan Mountain, amat membanggakan pemandangan yang indah dan luar biasa di lokasi ini. 8 lokasi hangat yang bakal kami perkenalkan ini adalah merupakan yang paling cantik di kawasan Bukchon. Ayuh kita menerokai bersama keindahan Hanok tradisional di lorong-lorong yang berliku seperti pagar sesat ini.
Di manakah kesemua 8 pemandangan di Bukchon ini?
Terokai Bukchon Hanok Village Berjalan Kaki
Pengunjung berpeluang untuk menerokai Bukchon Hanok Village sambil mendengar penerangan secara profesional daripada pemandu pelancong kebudayaan. Perjalanan anda mengenali Bukchon Hanok Village secara lebih mendalam akan bermula di Unhyeongung Palace, terus melalui kawasan 11 Gahoe-dong dan diakhiri di lokasi Jeongdok Library. Keseluruhan perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam.
Etika di Bukchon Hanok Village
-
Amat penting untuk kita sentiasa ingat bahawa kawasan Bukchon hanok Village merupakan tempat kediaman yang diduduki oleh orang awam. Ayuh kita lihat etika yang perlu kita ikuti agar kita sentiasa menghormati penduduk kawasan ini serta memastikan semua pihak dapat menikmati kecantikan Hanok di kawasan ini.
-
- Sila perlahankan suara ketika bercakap supaya tidak mengganggu penduduk yang menetap di rumah-rumah Hanok ini.
- Dilarang membuang sampah merata-rata.
- Dilarang menggunakan sebarang jenis pembesar suara.
- Dilarang mengintip melalui pintu atau tingkap rumah yang terbuka.
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakkan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.