Published Date : 10.11.2021 / Edited Date : 04.09.2023
Perkataan bagi menggambarkan tahun 2020 pastinya ialah bebas sentuhan fizikal, atau penjarakan sosial. Walaupun dunia dilanda wabak pandemik COVID-19, pelancongan penjarakan sosial sudah menjadi kebiasaan, terutamanya bagi pelancong-pelancong di luar sana! Beberapa kawasan pelancongan yang menjadi trend sekarang termasuk perkhemahan kereta, percutian di rumah, pelancongan solo, dan banyak lagi. Jadi, bagi sebuah bandar yang sesak seperti Seoul, adakah ianya realistik untuk melancong sambil mengamalkan penjarakan sosial? Ianya amatlah tidak mustahil! Kami akan berkongsi beberapa idea menarik yang pasti akan anda nikmati! Pertama sekali, terdapat tiga panduan penting yang perlu anda patuhi sebelum melaksanakan rancangan-rancangan ini: Satu, sentiasa memakai penutup muka. Dua, elakkan tempat yang sesak. Dan yang ketiga, sentiasa membersihkan tangan menggunakan pembasmi kuman tangan dan memeriksa suhu badan sebelum memasuki ke mana-mana tempat.
Penjarakan Sosial: Restoran & Kafe
Kita kini berada dalam era penggunaan servis robot dalam industri makanan di mana robot bukan sahaja mampu membuat air, tetapi juga menjadi pelayan bagi pelanggan ! Perkara yang merupakan fantasi di dalam filem kini menjadi realiti! Sebahagian daripada teknologi penjarakan sosial yang biasa dijumpai sebelum berlakunya pandemik COVID-19 ialah seperti perkhidmatan pandu lalu dan mesin kios layan diri tetapi kini, semakin hari semakin banyak teknologi penjarakan sosial generasi baru yang dihasilkan. Teknologi yang dahulu dilihat sebagai teknologi masa hadapan, kini berada di hadapan mata, malah sudah menjadi keperluan asas bagi keselesaan kita setiap hari. Mungkin teknologi kereta terbang masih belum dapat dihasilkan, tetapi apa kata kita menjelajah Seoul dan melihat semua teknologi makanan futuristik yang menarik di luar sana!
Café BotBotBot
Café BotBotBot mempunyai semua "teknologi makanan" terkini untuk memastikan anda mendapat kopi dan pencuci mulut yang terbaik bagi anda! Bayangkan caffe latte yang halus dengan aroma yang menyegarkan, berada di atas meja, menanti untuk diminum. Musim panas ini terutamanya, menandakan beberapa acara penting yang akan berlaku. Antaranya ialah kehadiran tiga robot “pekerja” yang berperanan untuk membantu dalam penyediaan sebahagian item dari menu kafe dan pencuci mulut yang sedap. “Barista bot” berperanan untuk menyediakan kopi yang sedap. “Dessert bot” pula akan mengilustrasikan gambar pilihan anda di atas pencuci mulut, dan “cocktail bot” menyediakan koktel yang menarik dan istimewa. Semua menu ini disediakan tanpa menggunakan tenaga kerja manusia. Selain itu, kafe ini mempunyai ruang duduk yang luas dan kawasan atas bumbung di aras dua. Café BotBotBot adalah tempat yang paling sesuai untuk membantu mengatasi segala kebimbangan mengenai penjarakan sosial di samping memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman menarik di kawasan Seongsu-dong yang membuat kemunculan semula!
Waktu Operasi Bulan-Kha 11:00 - 22:00 KST / Jumaat-Hari 10:00 - 22:00 KST
Telefon +82-507-1322-9219
Penjarakan Sosial: Zon Aktiviti Luar
Anda sangat rugi jika anda pergi ke taman hanya untuk berjalan-jalan ketika pandemik COVID-19 ini. Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda nikmati di taman selain daripada berjalan-jalan tanpa henti. Antara taman yang berlokasi di Seoul, Seoul Forest merupakan taman yang paling popular kerana ianya terletak bersebelahan dengan Hangang River . Taman ini amat mudah untuk diakses oleh orang ramai. Dalam bahagian ini, kita akan meneroka pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati ketika berada di kawasan taman. Apa yang anda perlukan hanyalah datang dengan penuh bertenaga dan sebuah kamera .
Berkelah di Seoul Forest
Bahagian ini khusus bagi mereka yang menginginkan pelancongan ke luar negara, baik ke Eropah mahupun NYC Central Park. Agak sukar untuk melaksanakan rancangan melancong ke luar negara ketika pandemik COVID-19 ini. Berita baiknya, anda tidak perlu pergi jauh untuk memenuhi keinginan anda terhadap sesuatu yang eksotik dan berbeza! Semua keinginan ini boleh dipenuhi di Seoul Forest. Anda hanya perlu menyewa set berkelah dan mengambil beberapa gambar di bawah langit musim luruh yang indah. Dalam sekelip mata, anda akan merasa seperti anda berada di London, Central Park, atau mana-mana destinasi pilihan anda! Pertama sekali, anda perlu ke Motongi Waffle dan menyewa set berkelah mengikut pilihan dan mencari kawasan yang sesuai. Kemudian, bentangkan tikar atau kain, letakkan meja dan bakul makanan, dan hidangkan sandwic serta makanan lain yang dibawa. Sekarang, anda sudah boleh menikmati perkelahan yang indah bersama rakan-rakan atau teman istimewa. Ambillah seberapa banyak gambar yang anda mahukan dan hantarkan ke laman sosial anda. Rakan-rakan anda pasti menyangka anda sedang melancong ke Eropah padahal anda hanya berada di Seoul Forest! :)
Anda disarankan untuk menempah Motongi Waffle Picnic Set lebih awal menggunakan Kakaotalk! Untuk membuat tempahan → Klik di sini !
Perintah penguatkuasaan pelaksanaan amalan penjarakan sosial telah menyebabkan semakin ramai orang yang tidak keluar bersama rakan-rakan dan mengisolasikan diri di rumah. Malangnya, antara salah satu kesan daripada ‘isolasi kendiri’ ialah peningkatan berat badan. Antara cara yang terbaik untuk mengurangkan berat badan berlebihan adalah dengan menunggang basikal ! Penggunaan basikal sewa untuk penggunaan awam berjenama Ttareungi dikatakan telah meningkat dua kali ganda sejak awal pandemik COVID-19 menular. Oleh yang demikian, Seoul Facilities Corporation telah meningkatkan usaha untuk memastikan kebersihan, dan proses sanitasi basikal sewa Ttareungi. Seoul Forest merangkumi kawasan yang sangat luas, namun Ttareungi berjaya untuk memenuhi keperluan kawasan berskala besar dengan menyediakan lebih banyak perhentian basikal di sekitar taman. Bersenamlah sambil ditemani alam semula jadi di Seoul Forest! Pastikan anda juga membawa pembasmi kuman tangan dan mematuhi panduan keselamatan.
Lihat klip lawatan bintang Kpop ke Seoul Forest dengan menunggang basikal Ttareungi → Tonton video ini!
Aktiviti pelancongan yang mengamalkan penjarakan sosial semakin dikenali di seluruh dunia. Aktiviti pelancongan ini telah membawa kesan positif yang tidak dijangkakan. Kini, orang ramai lebih menyukai kawasan yang kurang sesak dan sunyi. Hasilnya, orang ramai banyak menerokai ke kawasan-kawasan kejiranan dan setiap pelosok bandar untuk mencari kawasan menarik yang mungkin telah diabaikan. Seoul merupakan sebuah bandar yang menawarkan bukti-bukti sejarah dan anekdot yang tetap terpelihara di setiap kawasan di Seoul. Inilah waktu yang amat sesuai untuk memulakan pengembaraan anda yang tidak melibatkan kawasan sesak. Anda pasti akan mencipta lebih banyak memori di kawasan yang kurang diterokai!
Peace Culture Bunker
Bagi mereka yang ingin mempraktikkan penjarakan sosial dengan tegas, Peace Culture Bunker adalah tempat yang perlu anda lawati! Beberapa tahun kebelakangan, bunker ini telah digunakan untuk beberapa tujuan. Suatu ketika dahulu, bunker ini digunakan sebagai pertahanan anti-tank di bangunan penginapan sementara awam, sebelum ditukar menjadi perumahan awam . Pada tahun 2017, sekali lagi bunker ini telah ditukar menjadi fasiliti ruang budaya. Masa berlalu dengan sangat pantas apabila anda asyik melawati kawasan dan struktur bersejarah yang menarik. Peace Culture Bunker sangat popular sebagai kawasan yang kaya dengan pameran sejarah. Apatah lagi kawasan ini tidaklah sesibuk seperti kawasan bandar yang lain. Kawasan Changpowon Park yang mempunyai suasana alam semula jadi yang dipelihara juga merupakan tempat wajib untuk anda apabila berkunjung ke bunker.
#PeaceCultureBunker #CultureComplex
Informasi
Alamat 932, Madeul-ro, Dobong-gu, Seoul
Waktu Operasi Hari Minggu 10:00 - 18:00 KST (Ditutup pada hari Isnin)
Telefon +82-2-3494-1970
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)