Jejak Masa di Seoul yang Indah
#Genuine
Apakah bayangan anda terhadap Seoul?
Dalam video "Beauty Inside Seoul," yang telah mula ditayangkan semenjak pengakhiran musim panas yang lalu, anda boleh melihat empat perspektif Seoul yang berbeza mengikut pilihan anda! Kami syorkan kepada anda #Genuine jika anda ingin beristirahat sebentar daripada kehidupan yang sibuk. Ayuh berjalan bersama Song Kang, ikon baharu Visit Seoul, dan terokai pemandangan yang cantik dan elegan di Seoul.
Rockojae
Rakgojae merupakan sebuah hotel tradisional yang diubahsuai dari sebuah hanok yang berumur lebih 130 tahun. Terdapat sebuah pavilion dan kolam di hotel ini yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati suasana tenang seperti cendekiawan pada zaman dahulu. Variasi aktiviti pengamatan budaya tradisional seperti jamuan teh dan kelas membuat kimchi tersedia bagi pengunjung di Rakgojae.
Seosulla-gil
Ayuh bersiar di Jongmyo Doldam-gil yang bertempat di Seosulla-gil bersama Song Kang. Seosulla-gil, di mana titik permulaannya yang berada di Jongno 3-ga Station, dipenuhi dengan restoran hanok, pub Korea dan kafe-kafe, yang dapat mewujudkan suasana tradisional Jongno di tengah-tengah Seoul. Pengunjung dijamin akan menikmati masa santai sambil bersiar melalui dinding batu bersama sebuah kamera, sama seperti Song Kang!
Balwoo Gongyang
Lokasi ini adalah Balwoo Gongyang, sebuah restoran berkepakaran dalam menghidangkan makanan kuil yang berjaya merangsangkan deria rasa Song Kang dengan makanan Korea yang disediakan dengan teliti. Balwoo Gongyang, yang dioperasikan oleh Jogyesa Temple, mengunakan resepi tradisional untuk menghasilkan makanan kuil yang autentik. Rasai gourmet dan makanan kuil autentik di Balwoo Gongyang sekarang!
Informasi
-
Alamat 56, Ujeongguk-ro, Jongno-gu, Seoul Telefon +82-2-733-2081 Waktu Operasi Isnin-Sab 11:30-15:00, 18:00-21:00 KST Laman Web http://eng.balwoo.or.kr/
Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace sangatlah mengagumkan, sehingga menyebabkan Song Kang mengeluarkan kameranya sendiri agar dapat mengambil gambar keindahan lokasi ini. Gyeongbokgung Palace merupakan istana terbesar yang dibina pada era Dinasti Joseon dan dipenuhi dengan kecantikan autentik Korea. Dalam Gyeongbokgung Palace, terdapat banyak bangunan yang telah menunjukkan sebahagian kecil kebudayaan diraja era Dinasti Joseon kepada pengunjung, seperti Geunjeongjeon Hall dan Gyeonghoeru Pavilion.
Seoul yang manakah yang ingin anda lawati?
Ayuh terokai kesemua 4 perspektif pelancongan Seoul bersama Song Kang
Terokai lebih banyak tarikan di Seoul bersama Song Kang
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.