September adalah peralihan dua musim iaitu musim panas ke musim luruh. Nampaknya musim panas masih membahang pada waktu siang, tetapi sudah terasa angin musim luruh sepoi-sepoi bahasa menyapa pada waktu pagi dan petang. Sebelum musim luruh bermula, mari kita pergi mengembara untuk mengimbau kembali perasaan yang terpendam buat sementara waktu daripada bahang musim panas.
Pameran seni global Korea, <KIAF Seoul 2024>, telah diadakan dari 4 hingga 8 September. Berikutan kemeriahan KIAF Seoul yang mengadakan pelbagai pameran dan acara seperti festival, kini pelbagai pameran dan acara seni pula diadakan di Seoul. Mari kita lakukan perjalanan musim luruh yang istimewa sambil mengagumi karya-karya seni hebat artis kontemporari yang telah memantapkan diri mereka sebagai pangkalan budaya dunia. Pameran tersebut tersedia di galeri indah Seoul iaitu Pameran seni global Korea. 01 ARTSIDE GalleryMengimpikan perkembangan seni halus yang lebih luas.Bersebelahan Istana Gyeongbokgung terdapat sebuah lorong di Seochon yang merupakan tempat artis budaya berkumpul sejak zaman purba. Diantara kawasan tersebut terdapat 'Artside Gallery' yang memecahkan sempadan antara pasar dan pengunjung yang akhirnya telah menjadi perintis terhadap pasaran seni baharu. Artside Gallery yang sebelum ini secara aktif merangkumi bukan sahaja seni halus tetapi juga pelbagai genre telah berfungsi sebagai pintu masuk dunia baharu ke seni Korea. Pada ketika ini ia sedang melangkah maju untuk meruntuhkan dinding galeri tipikal dan berusaha untuk berkembang ke dunia seni baharu.Artside Gallery akan mengadakan pameran solo kedua pelukis Sepanyol Guim Tio <Este Sol de la Infancia - The Sun of Childhood> di Korea pada bulan September dan pameran solo artis Korea Chung Myeong-jo <Focus on Beauty>, yang terkenal dengan teknik hiper-realismenya. Kedua-dua pameran itu akan menampilkan karya yang menggambarkan punggung manusia. Belakang Guillaume Thiot memaparkan seorang manusia yang sangat kecil. Berbeza dengan landskap yang luas dan belakang yang dipamerakan Myeong-jo Chun iaitu seorang wanita cantik memakai pakaian tradisional Korea. Karya tersebut menciptakan keharmonian yang unik dan memberikan pelbagai tafsiran dan pastinya akan membangkitkan emosi pengunjung yang melihat lukisan itu. Kedua-dua pameran akan berlangsung sehingga 28 September, oleh itu jangan ketinggalan untuk turut serta melihat kedua-duanya!▪ Nama pameran: <Este Sol de la Infancia-The Sun of Childhood>▪ Tarikh pameran: Khamis, 29 Ogos 2024 – Sabtu, 28 September 2024▪ Nama pameran: <Focus On Beauty>▪ Tarikh pameran: Khamis, 29 Ogos 2024 – Sabtu, 28 September 2024 02 Seojung Art SeoulMenurunkan ambang seni.
Kontemporari adalah bahagian seni yang sangat penting. Ia mencerminkan dunia yang kita diami sekarang adalah sebahagian daripada karya seni itu sendiri. 'Seojung Art Seoul', yang terletak di Samseong-dong, Gangnam-gu adalah tempat paling bergaya di Seoul. Ia merupakan galeri yang memfokuskan pada seni kontemporari dan bertujuan untuk mempromosikan kelahiran artistik baharu dan merupakan salah satu cara mereka untuk komunikasi dengan orang ramai. Galeri ini menjadi penggerak utama bagi perancangan pertukaran seni dan perancangan program dengan mengambil bahagian dalam pameran seni antarabangsa yang terkenal seperti Paris, Miami, dan Tokyo.
<Soft and Hard>, yang kini dipamerkan di Seojung Art Seoul telah menarik perhatian dengan pameran Lee Chun-hwan dan barisan seniman veteran di KIAF Seoul 2024. Pameran itu, yang berlangsung sehingga 12 Oktober merupakan pameran artis berkumpulan dengan lapan artis multinasional termasuk Thomas Pallary Grogan, Fabrix Samin, Shin Je-hyeon, Paris Yahustidis, Lee Dong-hoon, Lee Mi-jeong, Lim Chang-gon dan Jang Seo-muda. 'Tubuh' dan 'fizikal' yang kini menjadi topik hangat dalam falsafah dunia dan sejarah manusia telah di zahirkan dan dijelaskan dalam bentuk bidang seni halus melalui 'manusia-non-manusia' dan 'organik-non-organik'. Ia merupakan tindakan bijak yang akan menjadi peluang yang terbaik untuk melihat sekilas perspektif dan pemikiran artis kontemporari.▪ Nama pameran: < Soft and Hard >▪ Tarikh pameran: Isnin 2 September 2024 – Sabtu 19 Oktober 202403 Gallery THEOKolaborator untuk artis dan penontonProses dalam menciptakan sesuatu adalah kerja yang penuh dengan kesunyian yang tidak berpenghujung. Sejak Vincent van Gogh bekerjasama bersama adik lelakinya Theo, dia dapat menjalankan aktiviti kreatif yang sukar dan menghasilkan karya-karya yang jauh lebih hebat. Diasaskan pada 2020 oleh dua pengarah muda yang kembali dari kerjaya di pasaran seni UK dan AS, Gallery THEO menyediakan ruang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran seni yang lebih dinamik berdasarkan projek yang mencabar.Anda boleh menikmatinya melalui pameran solo artis Park Geu-rim <44> sehingga 20 September. Artis Park Geu-rim yang telah meneroka pelbagai naratif kontemporari melalui tatabahasa lukisan tradisional Korea sedang berusaha untuk memecahkan sempadan dikotomi melalui pameran ini dengan cuba menangkap dan menggabungkan dua makna dalam satu karya. Di kedua-dua dinding ruang pameran terdapat empat lukisan dipamerkan seolah-olah berhadapan antara satu sama lain manakala pengunjung boleh menentukan jenis pandangan yang mereka boleh perolehi daripadanya.▪ Nama pameran: <44>▪ Tarikh pameran: Sabtu, 17 Ogos 2024 – Jumaat, 20 September 202404 2GIL29 GALLERYPerintis terulung dalam budaya (vanguardist)Terdapat Galeri 2GIL29 di Sinsa-dong iaitu di mana anda boleh mengalami aliran pelbagai trend di Seoul termasuklah fesyen. Galeri 2GIL29 yang bermaksud dua jalan (二吉), yang mentafsirkan lebih dalam tentang komunikasi dan perbualan yang berterusan dalam kitaran yang baik (二口), mempamerkan pelbagai jenis karya kreatif dari fotografi, ilustrasi, seni media, seni pemasangan hingga seni antik yang menarik perhatian pengunjung. Melalui karya-karya dan pameran tersebut membantu dalam meningkatkan rasa ingin tahu dan minat estetik orang ramai.Pameran khas juga sedang berlangsung pada musim gugur ini di Galeri 2GIL29. Pameran ini adalah pameran solo artis Hong Yoo-young <(Im) material Matter> yang diiktiraf oleh galeri luar negara dan yayasan kebudayaan terkenal di Britain dan Amerika. Kami mempersembahkan karya yang mengembangkan karya yang telah kami tunjukkan melalui pelbagai bahan dan bahasa visual seperti pemasangan dan arca. Karya tersebut membawakan karya yang menerapkan falsafah seni dan wacana yang menekankan kebendaan dalam seni moden dan akan memberikan pengalaman estetika baharu kepada penonton.
▪ Nama pameran: <Pameran Solo Hong Yuyoung>▪ Khamis, 5 September 2024 – Sabtu, 5 Oktober 2024