Pada tahun 2023, Seongsu-dong merupakan tempat terawal di Seoul yang menciptakan tarikan trend. Pelbagai Jenama popular mengambil langkah untuk membuka kedai pop dan menjadikan Seongsu-dong pusat tarikan utama. Tarikan baru ini telah menarik perhatian orang ramai untuk merasai kelainan dan tarikan baru yang ada hanya di Seongsu-dong. Seongsu-dong yang juga juga dikenali sebagai Brooklyn of Korea pada suatu ketika dahulu kini kelihatan jauh lebih menarik tanpa bandingan. Mari kita bersama-sama merasai pengalaman masa lalu, masa kini dan masa depan Seongsu-dong yang telah diiktiraf sebagai tempat yang mempunyai tarikan dan keistimewaan yang tersendiri.
Nostalgia dahulu dan kini tercipta
Seongsu-dong
Apabila anda melihat cetakan empat suku kata 'Zon Kilang', apa yang terlintas di fikiran ialah pemandangan konkrit kelabu. Lebih menyesakkan apabila perasaan terasa seperti cuaca mendung sebelum hujan lebih memburukkan suasana. Pada zaman dahulu, Seongsu-dong ialah sebuah kompleks perindustrian yang memuatkan kilang kasut, kilang percetakan dan kilang yang mengeluarkan produk penjagaan kereta.
Setelah zaman beralih, pada masa kini kira-kira 3,000 industri pembuatan dan kilang memenuhi kawasan itu. Selepas 1990-an, zon separa perindustrian yang unik telah dibentuk apabila perusahaan kreatif dan pembuatan berskala kecil mula menduduki kawasan itu. Namun begitu, disebabkan perubahan dalam sistem perindustrian dunia, perniagaan pembuatan mula merosot dan mesin di kilang mula dihentikan. Seongsu-dong dilihat telah menghadapi tempoh kemerosotan apabila semakin banyak kilang dan gudang telah dihentikan operasinya. Selepas mengharungi masa-masa sulit tersebut lebih tepatnya sejak pertengahan 2000-an, projek penjanaan semula bandar telah dijalankan yang memberikan nafas baru kepada Seongsu-dong dan tempat ini mula mencari ubah suai baharu mengikut peredaran masa.
Di kawasan tapak kilang dan gudang terbiar terdapat kedai unik, kedai terpilih, bengkel dan ruang budaya telah dibina. Artisan muda mula mengorak langkah berkumpul untuk melukis mural. Bukan itu sahaja, orang yang mempunyai kepekaan terhadap tempat ini juga mula mencipta dan berbakti untuk menghidupkan trend di Seongsu-dong ini. Rentetan kisah bersejarah kawasan tersebut telah merubah kawasan itu menjadi tempat yang mewakili Seongsu-dong. Jenama mewah bertaraf dunia juga telah mengiktiraf dan mendakwa kawasan tersebut sebagai mercu tanda dan bahagian paling bersinar di Seongsu-dong. Seongsu-dong telah berubah sepenuhnya walaupun yang dahulunya seperti hari mendung, kini telah dilahirkan semula dengan tarikan dan berwajah baharu. Seongsu-dong kini lebih dikenali sebagai tempat di mana segala-galanya yang memikat perasaan sentiasa digembar-gemburkan oleh sesiapa yang pernah melawatinya. Bahkan kini telah menjadi bandar budaya New+Retro yang menjadi mercu tanda kebanggan Seoul.
Kelahiran baru bilik permainan
Onion Seongsu & Seongsu Yeonbang
Onion Seongsu ialah sebuah kafe yang merupakan hasil baik pulih dan pembaikan terhadap sebuah kilang 1970-an dahulu. Onion Seongsu telah dikembangkan dan dilahirkan semula sebagai sebuah kafe dengan dinding merah yang pecah, jubin usang, pintu logam berkarat, dan nama kilang lama Shinil Metal yang masih utuh. Disebabkan struktur unik yang tercipta, tempat tersebut telah menjadi tarikan unik yang hanya boleh dilihat di dalam bilik kitar semula tersebut sehingga perasaan zaman dahulu dan kini dapat dibangkitkan. Kafe itu menjadi bualan hangat sebaik sahaja dibuka dan menjadi salah satu tempat unik yang mewakili Seongsu.
Pesona Onion Seongsu datang daripada suasana unik dan himpunan perasaan berharga yang tersembunyi di setiap bilik. Selain itu, kedai roti yang menyediakan hidangan roti lazat sehingga dianggap sebagai tempat wajib untuk dilawati untuk menikmati roti telah mengangkat tempat ini menjadi satu lagi tarikan Cafe Onion. Mari luangkan masa untuk menikmati pertumbuhan Onion di Seongsu-dong, yang mempunyai sejarah lebih daripada 50 tahun. Bermula dari pasar raya, restoran, rumah, bengkel dan kilang hingga ke kedai roti dan kafe pada hari ini.
Seongsu Yeonbang merupakan sebuah kilang kimia lama yang telah diubah suai dan dibaik pulih semula sebagai ruang budaya. Seongsu Yeonbang dibangunkan bertujuan untuk menjadi 'platform menghidupkan budaya masyarakat' di mana ahli-ahli yang mempunyai personaliti istimewa, kebolehan, dan cerita berkumpul. Tempat ini mempunyai pelbagai tarikan menarik serta mempunyai pelbagai ruang seperti kedai gaya hidup, kafe, restoran, kilang bir dan lain-lain. Bukan itu sahaja, di Seongsu Yeonbang pelbagai kedai pop diasaskan, pelbagai acara dan pasar diadakan dari masa ke semasa. Salah satu acara yang menarik tumpuan adalah acara yang diadakan untuk meraikan hari lahir ahli BTS Jimin.
Dari bangunan bata merah berbentuk 'U' hingga ke taman antara bangunan, Seongsu Yeonbang terkenal sebagai tempat bergambar swafoto. Mari nikmati cahaya matahari musim bunga di Seongsu Yeonbang, di mana anda boleh menikmati sepenuhnya pesona luar biasa antara Seongsu-dong yang hangat dan baharu.
dengan tukang-tukang berpengalaman berzaman
Jalan Kraf Kasut Seongsu-dong
Jalan Kraf Kasut, telah bermula di Jambatan Yeomcheon di Seoul sejak pada tahun 1960-an lagi, Jalan tersebut telah melalui beberapa era telah berpindah ke Seongsu-dong dan mencapai zaman kegemilangan melalui era Myeong-dong untuk kraf kasut. Pada satu masa dahulu, 80% daripada Kraf Kasut Korea telah dihasilkan dan kira-kira 1,000 kilang kasut telah dibina.
Namun begitu mereka menghadapi masa sukar dan menghadapi krisis akibat pasaran kraf kasut yang semakin berkurang. Apabila projek pembangunan bandar bandar Seoul dijalankan akhirnya aktiviti pembuatan kasut kembali berkembang. Dalam proses menghidupkan semula kawasan Seongsu-dong, jalan pembuatan kasut itu mula disematkan dengan sejarah baharu. Sebuah stesen telah dibina iaitu Stesen Seongsu yang telah ditetapkan sebagai stesen "Bertemakan Kasut" dan memicu kepada penubuhan dewan pameran dengan tema kraf kasut.
Selain itu, 'Wishing Platform' juga dibuka untuk mewujudkan ruang dimana pelbagai kraft kasut boleh dipamerkan serta dinikmati. Selain itu, 'taman tema kasut' telah diwujudkan di mana anda boleh berehat sambil menikmati ukiran kasut.
Di jalan kraf kasut, terdapat juga kedai kasut buatan tangan di mana anda boleh membeli kasut buatan tangan dengan sentuhan tukang yang pakar pada harga yang berpatutan. Terdapat juga bengkel di mana anda boleh mencuba menghasilkan seni kraf tangan anda sendiri untuk membuat pelbagai barangan kulit ataupun meluangkan masa memilih barangan untuk dibeli. Sambil berjalan di sepanjang jalan kraf kasut, anda juga boleh menikmati mural indah yang dilukis oleh artisan muda. Mengapa anda tidak mengambil peluang untuk membeli sepasang kasut buatan tangan yang akan membawa anda ke tempat-tempat menarik?
○Alamat: Gudang Samhan, 15 Yeonmujang 7-gil, Seongdong-gu, Seoul
○Hompage: Maklumat lanjut
Kawasan eco perlindungan hijau mercu tanda di Seoul
Seoul Forest
Di tengah-tengah pusat bandar Seoul, Seongsu-dong ialah gabungan kawasan perindustrian, kediaman dan komersial. Konkrit kelabu, bata merah, bangunan kediaman dan bangunan komersil serta kedai utama masing-masing mempunyai sesuatu yang unik yang menarik minat orang ramai. Selain itu, terdapat satu lagi daya tarikan lain Seongsu-dong. Tarikan menarik tersebut adalah Seoul Forest.
Tempat ini pernah menjadi tempat raja berburu dan menjadi sumber air pertama di Seoul. Ia juga telah digunakan sebagai kawasan aktiviti litar lumba dan padang golf. Pada tahun 2005, kawasan ini telah dikembalikan kepada masyarakat dan dijadikan sebagai Seoul Forest yang merupakan taman komuniti pertama. Seoul Forest diberkati dengan suasana tempat yang menyegarkan dengan pemandangan hijau yang sejuk. Selain itu, tempat ini juga mempunyai pelbagai bilik dengan tema berbeza yang boleh dinikmati. Tempat ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti Taman Alam Sekitar, Padang Hutan Seoul, Pentas Luar, 4 tempat yang bertemakan ekologi iaitu taman ekologi tanah berlumpur di mana kita boleh menyelidik alga dan tumbuhan semula jadi, Pusat Kajian Alam di mana kita boleh mengkaji tumbuhan, Hutan Semulajadi. Seterusnya terdapat juga tempat-tempat ekologi yang boleh dilawati seperti Taman Seni di mana pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian dijalankan. Hutan ekologi yang didiami oleh haiwan liar dan juga disediakan aktiviti bersiar-siar di atas jambatan di taman tepi air Sungai Han.
Seoul Forest ialah hutan berskala besar dengan 350,000 pyeong ( 1 pyeong = 3.30579m2) sehingga anda berpeluang untuk bertemu dengan haiwan liar yang sukar dilihat di bandar, seperti rusa belang, rusa dan arnab yang ada disekitar taman. Mari nikmati musim bunga Seoul dengan melawat salah satu tempat melihat bunga sakura terbaik dan menikmatinya.