Dimanakah lokasi yang terbaik untuk dating atau berbulan madu bersama pasangan anda selepas rentas negara dibenarkan? Pertamanya, anda harus pastikan lokasi tersebut tidak terlalu serius dan wajib mempunyai suasana yang cantik! Seoul Forest yang hanya terdapat di bandar Seoul akan memenuhi kedua-dua kriteria ini kerana ia adalah sebuah lokasi yang santai namun masih lagi bergaya untuk dijadikan lokasi berdating. Lokasi ini amat sesuai tidak kira bagi pertemuan untuk kali pertama, mahupun untuk anda meluangkan masa berdua bersama pasangan tercinta. Kami memperkenalkan Lokasi Dating di Seoul Forest bagi memudahkan anda membuat itinerari jika anda ingin membawa pasangan anda datang ke Seoul!
Txture Seongsu
Itinerari kami di Seoul Forest bermula dengan berkunjung ke Txture Seongsu. Cahaya semulajadi yang memancar menembusi kaca tingkap yang menerangi kafe ini, menjadikan lokasi ini dipenuhi aura estetik dan amat sesuai untuk mengagumkan pasangan tercinta anda. Di sini, perabut yang mempunyai nilai moden dapat mewujudkan suasana yang sofistikated, serta diindahi dengan pemandangan Seoul Forest yang cantik yang dapat dilihat melalui tingkap, mewujudkan aura yang menenangkan perasaan gementar anda ketika anda bersama pasangan anda.
Charmandre
Selepas mengopi, teruskan perjalanan anda ke Charmandre, sebuah restoran yang menyerupai rumah ala-ala British. Charmandre, yang menawarkan pengunjung dengan hidangan istimewa di dalam suasana yang selesa dan cantik, diusahakan oleh seorang chef dari restoran beriktiraf bintang Michelin dari UK. Restoran ini menukarkan anggapan awam bahawa makanan British yang hambar sebenarnya penuh dengan rasa unik dan enak. Selain pasangan anda jatuh cinta dengan anda, beliau juga pasti jatuh cinta dengan makanan di sini! Tiada restoran yang sesempurna untuk berdating selain Charmandre!
The Seouliteum di Galleria Foret
Jika temu janji anda berjaya dengan cemerlang dan ingin meluangkan lebih lagi masa bersama, kami sarankan anda untuk berkunjung ke The Seouliteum, yang bertempat di aras G di Galleria Foret. The Seouliteum mempunya lima dewan pameran yang amat luas di mana ia dapat menjalankan pelbagai pameran secara serentak, memberikan pilihan bagi pengunjung untuk memilih pameran yang mana mereka ingin lihat.
Seoul Forest
Setelah menikmati karya-karya seni yang menarik, tamatkan aktiviti dating anda dengan berkunjung ke Seoul Forest. Di Seoul Forest, terdapat berbagai tempat yang mempunyai suasana romantik, amat sesuai bagi anda untuk berdating dengan pasangan anda yang anda cintai. Bersiar di tepi Mirror Pond dan berjalan mengelilingi Hangang Observatory, menjadikan lokasi ini amat sempurna bagi menamatkan temu janji anda. Ayuh berbual dari hati dan bersiar sambil ditiupi angin sepoi yang dingin di Seoul Forest. Kami pasti berdating sambil bercuti akan membuatkan suasana seperti sedang berbulan madu.
Artikel Berkaitan
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.