langkau navigasi
> Cadangan Perjalanan> Destinasi Pilihan Seoulite
Destinasi Pilihan Seoulite

Musim luruh, musim terbaik untuk menikmati aroma dan secawan kopi yang memenuhi Seoul

Published Date : 28.10.2022 / Edited Date : 05.04.2024
Musim luruh, musim terbaik untuk menikmati aroma dan secawan kopi yang memenuhi Seoul

Suatu hari cuaca telah bertukar menjadi agak sejuk pada waktu pagi dan petang. Manakala, pokok-pokok di jalanan mula bertukar menjadi merah atau kekuning. Satu persatu daun mula berguguran jatuh menyentuh bumi. Memberikan petanda bahawa musim luruh semakin hampir. Perlahan-lahan daun-daun yang berguguran jatuh ke permukaan jalan memberikan rasa sayu yang mendalam. Suasana terasa sentimental membungkam dan mencengkam. Pada ketika ini, secawan kopi penuh nikmat merupakan salah satu penyeri anda untuk meneruskan sepanjang hari anda.

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Ketika ini, tidak banyak masa lagi untuk menikmati bunga aster dan rumput pampas yang beralun seperti menari-nari ditiup angin melawan langit biru. Mari menikmati suasana di luar dengan trench coat yang hangat dan nyaman sekarang. Datanglah melawati 3 kafe unik di mana anda boleh menikmati musim luruh dengan dedaunan yang berguguran.

Champ Coffee 3rd Studio. Jika anda ingin menikmati minum kopi dengan angin musim luruh di Hipjiro.

Trench coat berkibar ditiup angin. Musim luruh terasa lebih nostalgia apabila melihat pakaian orang yang berada di sekeliling. Pusat bandar Seoul juga akan berubah warna apabila musim luruh menjelang tiba. Pada masa yang sama, pelbagai perasaan bercampur aduk juga tumbuh. Euljiro ialah tempat yang wajib anda lawati dan anda tidak patut ketinggalan jika anda ingin berasa teruja di Seoul. Di Eulji-ro, di mana bangunan tinggi dan pusat membeli-belah lama membentuk keharmonian istimewa di pusat bandar. Terdapat Pusat Beli-belah Sewoon yang merupakan tempat yang Wajib dikunjungi apabila anda berasa bertenaga. Tempat ini adalah tempat yang dinaiktaraf semula sebagai projek penjanaan semula bandar, telah menjadi salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Seoul kerana gaya retronya. Terdapat sebuah kafe yang menarik di mana anda boleh menikmati secawan kopi yang dipenuhi dengan suasana musim luruh di tempat ini, yang sering muncul sebagai latar untuk drama Korea seperti 'Vincenzo'.

Champ Coffee pada mulanya ialah sebuah kafe ciptaan tiga beradik yang berbeza citarasa tetapi akhirnya menyatukan perasaan dan niat yang sama. Menu Champ Coffee bukanlah suatu perkara yang diperolehi dengan belajar, tetapi melalui pengalaman dan refleksi mereka sendiri. Menu istimewanya iaitu 'Champ Coffee', menawarkan rasa yang luar biasa dengan nisbah sempurna biji kopi dan susu dengan sukatan yang tepat. Di Champ Coffee yang mengutamakan rasa kopi, anda boleh memilih jenis biji kopi yang anda inginkan. Bagi vegan atau orang yang tidak bertoleransi kepada laktosa, anda boleh bertukar kepada susu gandum berbanding susu ternakan.

Terdapat satu perkara yang tidak boleh dilepaskan ketika berada di Champ Coffee iaitu hidangan keknya. Pastikan anda mencuba kek buatan tangan Champ Coffee yang sangat digemari oleh mereka yang sudah mengetahui rasanya. Gabungan kopi dan kek yang menakjubkan akan menambat selera anda. Di Champ Coffee, anda boleh membeli biji kopi dan beg titisan serta kek untuk dibungkus sebagai hadiah.

Bahagian dalam Champ Coffee tidaklah begitu luas, tetapi terdapat beberapa tempat duduk di luar, cukup untuk anda menikmati kemodenan Euljiro dengan angin musim luruh yang sejuk. Musim luruh adalah musim yang terbaik untuk menikmati suasana berjalan-jalan. Jom minum kopi yang lazat di Champ Coffee, rasa moden di Pusat Beli-belah Sewoon, dan bersiar-siar di sepanjang Cheonggyecheon Stream. Jalan-jalan indah di Seoul, Euljiro akan memikat hati anda dengan suasana musim luruh yang mengasyikkan.

  • Alamat Nomor 381, Rayeol tingkat 3, 157 Eulji-ro, Jung-gu, Seoul
  • Telefon +82-10-8943-4516
  • Waktu beroperasi Setiap hari 11:30 - 19:30 KST
  • Instagram @champcoffee_official

Kafe 1in1jan dengan pemandangan indah Gunung Bukhansan dan Hanok

Langit biru yang mempesonakan dan angin yang menyapa lembut pipiku sungguh menggembirakan. Tentu seronok berada di suatu tempat yang tidak jauh sebelum musim luruh berakhir, jadi saya tidak sabar untuk melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati musim luruh dengan betul. Selepas tu mari kita ke sini, di perkampungan Eunpyeong Hanok yang tenang dan harmoni. Di tempat ini terdapat tempat di mana anda boleh menikmati pergunungan dan suasana musim luruh seperti lukisan. Ini adalah kafe '1in1jan'.

Bertentangan dengan luarannya yang ringkas, bahagian hiasan dalamannya mempunyai sentuhan tradisional Korea. Jeriji pintu, batu loncatan, dan pelbagai bentuk soban (meja kecil Korea) dan peralatan teh yang menghiasi dinding adalah selaras dengan pemandangan luar hanok. Apabila anda memesan sesuatu daripada menu, minuman dan pencuci mulut tidak akan dihidangkan di atas dulang biasa tetapi dihidangkan di atas soban yang memberikan keseronokan yang berbeza bersama dengan keseronokan menikmati makanan tersebut.

Bangunan '1in1jan' mempunyai 6 tingkat. Dalam '1in1jan' antara 3 tingkat anda boleh menggunakan bumbung. Tingkat satu dan dua bangunan dikhususkan untuk kafe, dan tingkat tiga mengandungi kafe Karimoku dan kedai perabot. Di tingkat 4 dan 5 pula menu pencuci mulut dan makan tengahari dijual sebagai 'satu meja setiap orang', Manakala, di tingkat 5 terdapat ruang untuk pavilion hanok, yang disyorkan untuk mereka yang inginkan ruang yang lebih tenang dan terpencil.

Taman yang tersedia diatas bumbung di tingkat 6 boleh digunakan selepas memesan minuman di tingkat 1. Garis dan keindahan hanok tradisional terbentang luas melalui tingkap lebar dan besar kafe '1in1jan'. Manakala di belakangnya, anda boleh menikmati musim luruh sepenuhnya dengan pemandangan Gunung Bukhan sebagai latar belakang lukisan landskap. Sungguh indah dan memukau.

Di 1in1jan, selain daripada minuman seperti kopi dan teh tradisional, anda juga boleh merasai pelbagai menu pencuci mulut menggunakan tteok tradisional Korea seperti tteok pisang. Bilik selain daripada tingkat 1 dan 2 dikendalikan sebagai zon tanpa kanak-kanak serta tempat letak kereta dihadkan kepada 6 kereta sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik menggunakan tempat letak kereta awam yang terdekat.

Jom lawat 1in1jan, di mana hanok yang tenang membawa ketenangan jiwa dengan Gunung Bukhansan yang indah diwarnai dengan lima warna daun musim luruh sebagai latar belakang. Anda akan dapat menikmati masa santai untuk menghargai sepenuhnya musim gugur.

  • Alamat 534 Yeonseo-ro, Eunpyeong-gu, Seoul
  • Telefon +82-2-355-1111
  • Waktu bekerja 10:00 ~ 21:00 KST setiap hari (waktu beroperasi berbeza di setiap tingkat)
  • Instagram @1in_official

Conhas Yeonhui dengan pesona tersembunyi di kawasan perumahan yang tenang

Adakah terdapat tarikan hebat yang lain, selain berjalan-jalan kejiranan yang indah untuk menikmati musim luruh yang semakin hampir? Yeonhui-dong mempunyai suasana unik yang berbeza dari jalan Hongdae atau Yeonnam-dong yang berdekatan. Yeonhui-dong ialah salah satu taman perumahan elit lama yang harmoni dan sangat selesa di Seoul. Rumah-rumah hiasan berkonsepkan artistik dan pokok taman yang telah dijaga rapi sejak sekian lama kelihatan di atas pagar memberikan anda rasa suasana citarasa mewah Yeonhui-dong. Di jalan yang tenang yang penuh dengan tarikan yang menarik ini, terdapat sebuah kafe yang dipanggil 'Conhas' iaitu tempat yang bagus untuk menikmati musim luruh sepenuhnya.

Conhas terletak beberapa langkah dari lorong-lorong yang dipenuhi kedai-kedai dan di tengah-tengah kawasan perumahan yang dipenuhi dengan rumah-rumah yang cantik. Seperti rumah-rumah lain di kawasan kejiranan, Conhas juga agak megah dari luar. Tempat tersebut merupakan rumah yang telah diubah suai. Dengan sentuhan daripada konkrit berskala besar yang boleh dilihat dari luar, kafe ini memberikan kesan pertama bangunan bandar yang tenang dan suasana persekitaran yang sejuk. Tetapi apabila anda memasuki bangunan, anda akan melihat dunia yang sama sekali berbeza dari luar.

Conhas ialah sebuah kafe yang telah diubah suai menjadi seperti barisan rumah yang mengelilinginya. Ketika ia masih rumah biasa, rupa rumah asal telah dibuang, beberapa bilik telah diperbaruhi, manakala perabot dan pintu yang telah digunakan, digunakan semula dan dijana semula sebagai sebahagian daripada ruang ini. Hasilnya, almari bertukar menjadi meja utama, pintu dan pintu bilik tidur bertukar menjadi kerusi dan meja, membolehkan pengunjung mencari keseronokan dan memberikan makna yang mendalam.

Conhas mempunyai tiga tingkat. Jika anda masuk dari tingkat satu di mana pintu masuk kafe, anda akan menemui tingkat dua, dan jika anda turun, anda akan menemui ruang bawah tanah. Dan setiap tingkat dibahagikan kepada beberapa ruang yang mewujudkan suasana yang berbeza untuk setiap ruang. Terdapat halaman di tingkat bawah tanah. Manakala, tingkat dua terdiri daripada teres dalaman dan luaran. Ruang dalaman di tingkat dua adalah ruang duduk yang terdiri daripada ruang kecil, sesuai untuk mereka yang memerlukan ruang peribadi.

Ciri khas Conhas ialah tempat tersebut mempunyai kolam renang yang membuatkan anda boleh merasakan suasana yang berbeza bergantung pada tempat duduk yang anda sedang berada kerana bahagian tengah bangunan tersebut terbuka. Selain itu, pemandangan yang dicipta oleh kolam renang di dalam perumahan di dalam bandar dan pokok-pokok di sekelilingnya adalah unik. Mari selami pemandangan ini yang hanya boleh dilihat di Conhas. Menikmati secawan kopi sambil duduk di tepi kolam renang dan menikmati cahaya matahari musim luruh memberikan anda keseronokan sepenuhnya musim luruh. Conhas mempunyai pelbagai menu, bermula daripada teh istimewa kepada kopi am, pencuci mulut dan menu makan tengah hari. Oleh kerana kawasan kediaman Yeonhui-dong ini adalah sukar untuk meletak kereta, oleh itu adalah disarankan untuk menggunakan tempat letak kereta awam berdekatan atau menggunakan pengangkutan awam.

Pada musim luruh ini, mari luangkan masa di Conhas, yang merupakan ruang dengan pesona menarik yang memenangi Anugerah Seni Bina Seoul. Ia akan memperbaruhi perasaan anda dengan dedaun yang berwarna-warni.

  • Alamat Tingkat 1 dan 2, 1-1, Yeonhui-ro, Mapo-gu, Seoul
  • Telefon +82-2-325-0792
  • Waktu bekerja 10:00 ~ 23:00 KST setiap hari
  • Instagram @conhascoffee_co.ltd
Tags

#1in1jan #Conhas #Champ Coffee 3rd Studio

예약 전 안내사항
  • 장기 폭염 예상 기간 프로그램 운영 중단: 7.23. ~ 8.11.
  • 예약은 관광일 기준 최소 3일 전 까지 가능합니다.
  • 3인 미만은 예약이 취소될 수 있습니다.
  • 기존 등록된 예약 중 그룹별 정원을 초과하지 않는 예약에 한하여 1일 전 17시 까지 추가 예약 가능합니다.
  • 다음달 예약은 전달 15일 이 후부터 가능합니다.
  • 발열 또는 호흡기 증상(열, 기침, 가래, 근육통, 코막힘, 인후통 등)이 있는 경우 프로그램 참여를 삼가하여 주시기 바랍니다.
  • 보호자가 동반하지 않는 만 14세 미만의 아동 관광객의 경우 현장에서 취소됩니다.
  • 기상특보(폭염, 태풍, 호우, 미세먼지 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다.(발효 즉시 취소처리)
    ※예약 당일 기상특보를 상시 확인 바랍니다.
  • 해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 서울도보해설관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
  • 한국어를 모국어로 사용하는 대한민국 국민의 경우, 외국어 해설 신청이 불가능합니다.
예약 전 안내사항
  • 예약은 관광일 기준 최대 5개월 전부터 최소 5일 전 까지 신청 가능합니다.
  • 희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
  • 특히 주말 및 공휴일, 봄(4~5월) 가을(9~11월) 성수기에는 예약이 조기마감 되오니 이 점 유의하여 주시기 바랍니다.
  • 예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.
    (최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
  • 경복궁, 창덕궁, 창경궁, 덕수궁 35인 이상 관람 시, 해당 궁궐 사이트에서 15일 전 단체 입장신청이 필요합니다. (2014.1.1.부터 시행)
  • 해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
  • 보호자가 동반하지 않는 만 14세 미만의 아동 관광객의 경우 현장에서 취소됩니다.
  • 기상특보(폭염, 태풍, 호우, 미세먼지 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다.(발효 즉시 취소처리)
    ※예약 당일 기상특보를 상시 확인 바랍니다.
예약 전 안내사항
  • 예약은 관광일 기준 최소 1주일 전까지 가능합니다.
  • 덕수궁의 경우 복지카드를 지참한 관광객에 한하여 무료입장이 가능합니다.
    ※ 중증(1~3급) 동반인 포함 2명 무료※ 경증(4~6급) 장애인 본인 1인만 무료
  • 보호자 또는 보조자가 동반하지 않을 경우 이용이 불가능 합니다.※ 별도의 보조자가 없는 경우 사무국으로 문의 바랍니다. (02-6925-0777)
  • 희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
  • 예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
  • 해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
  • 기상특보(폭염, 태풍, 호우, 미세먼지 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다.(발효 즉시 취소처리)
    ※예약 당일 기상특보를 상시 확인 바랍니다.
예약 전 안내사항
  • 예약은 관광일 기준 최소 1주일 전까지 가능합니다.
  • 덕수궁의 경우 복지카드를 지참한 관광객에 한하여 무료입장이 가능합니다.
    ※ 중증(1~3급) 동반인 포함 2명 무료
    ※ 경증(4~6급) 장애인 본인 1인만 무료
  • 본 프로그램은 수화해설 중심으로 진행되며, 수화가 불가능한 경우 이용이 불가합니다.
  • 희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
  • 예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.
    (최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
  • 해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
  • 기상특보(폭염, 태풍, 호우, 미세먼지 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다.(발효 즉시 취소처리)
    ※예약 당일 기상특보를 상시 확인 바랍니다.
예약 전 안내사항
  • 예약은 관광일 기준 최소 1주일 전까지 가능합니다.
  • 본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
  • 보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반
    ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
    희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
  • 예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
  • 해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
  • 미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Read before Reservation
  • Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
  • Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
  • In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
  • Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
  • Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
  • Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
  • All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
    ※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
    (https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
  • The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Read before Reservation
  • Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
  • The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
  • You may not use the course without an assistant (or companion)
    ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem
    ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
  • Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
  • Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation.
    (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
  • Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
  • All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
    ※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
    (https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
予約前の案内事項
  • 予約は観光予定日を基準に3日前までとさせて頂きます。
  • 個人予約:最大10名
    ※京福級、昌徳宮、昌慶宮は20名様までご予約頂けます。
  • 既にご予約されたコースの中で、グループ別の定員を超えない予約に限り、観光予定日の1日前の17まで追加での予約が可能です。
  • 翌月のご予約は前月の15日から可能です。
  • 発熱または呼吸症状(熱、咳、痰、筋肉痛、鼻づまり、喉の痛みなど)がある場合は、解説プログラムへのご参加はお控えください。
  • 保護者を同伴しない14歳未満の児童観光客は、現場でキャンセルとなります。
  • 気象特報(猛暑、台風、豪雨、PM2.5)によりウォーキングツアーの運営が難しいと判断された場合、全ての予約は中止とさせて頂きます。(発効後直ちにキャンセルを行う)
    ※ 下記のリンクにてご予約当日の気象特報をご確認ください。
    (https://www.accuweather.com/ja/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
  • 観光中に発生する安全事故について、ソウル徒歩解説観光事務局とソウル文化観光解説士は責任を負いません。
予約前の案内事項
  • 予約は観光日を基準として少なくとも1週間前まで可能です。
  • 本コースは、移動弱者(移動が不自由な高齢者、障害者、ベビーカー利用者など)のためのコースです。
  • 補助人(或いは同行人)を伴わない場合は利用できません。
      ※歩行弱者1人当たり少なくとも1人以上の補助人を伴う
      ※電動補助具(電動車椅子、電動スクーターなど)使用者の場合、補助人1当たり歩行弱者最大4人まで同伴可能
  • ご希望の日付及びコースに活動可能な解説士がいない場合、予約はキャンセルされることがあります。
  • 予約を確認するため、徒歩観光事務局(02-6925-0777)で確認のための連絡が行われます。
    (少なくとも5日~1ヶ月前)3回以上電話が通じない場合、予約が取り消されることがあります。
  • 解説を進行する時に発生する安全事故に対し、徒歩観光事務局とソウル文化観光解説士は
    責任を負いません。
  • 気象特報(猛暑、台風、豪雨、PM2.5)によりウォーキングツアーの運営が難しいと判断された場合、全ての予約は中止とさせて頂きます。(発効後直ちにキャンセルを行う)
    ※ 下記のリンクにてご予約当日の気象特報をご確認ください。
    (https://www.accuweather.com/ja/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
预约前说明事项
  • 观光日基准最少3日前方可进行预约。
  • 最多可申请10人。
    (※ 景福宫, 昌德宫, 昌庆宫是例外 最多可申请20人)
  • 在已登记的预约团体中,只接待不超过预约人数的团体,可在前一天17时前追加预约。
  • 下个月的预约可从前一月15日开始。
  • 如有发热或呼吸道症状(发烧、咳嗽、痰液、肌肉痛、鼻塞、咽喉痛等),请避免参与解说活动。
  • 无保护者随同的未满14岁儿童游客,会在现场取消解说活动。
  • 气象特报(酷暑、台风、暴雨 、雾霾 等)导致徒步观光项目暂停时,所有预约将一律被取消。(发布紧急措施时立即取消)
    ※ 请在以下网站上随时确认预约当天的气象特报。
    (https://www.accuweather.com/zh/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
  • 对于解说活动中发生的安全事故,首尔徒步解说旅游事务局和首尔文化观光解说社不予负责。
预约前说明事项
  • 观光日基准最少1日前方可进行预约。
  • 本线路是为了行动不便者(行动不便的高龄者、残疾人、婴儿车利用者等)的路线。
  • 无辅助人员(或同行人)伴随时,不可利用。
    ※ 步行不便者1名至少需要1名以上的辅助人员陪同。
    ※ 电动辅助器具(电动轮椅、电动独轮车等)使用者时,每一位辅助人员最多可陪同 4名步行不便者。
  • 希望观光的日期及线路上无解说员时,预约有可能被取消。
  • 为了确认预约,徒步观光事务局(02-6925-0777)会致电进行确认。
    (最少5日~一个月前) 3次以上无法连接时,预约将被取消。
  • 进行解说时,对于有可能发生的安全事故,徒步观光事务局和首尔文化观光解说员概不负责。
  • 气象特报(酷暑、台风、暴雨 、雾霾 等)导致徒步观光项目暂停时,所有预约将一律被取消。(发布紧急措施时立即取消)
    ※ 请在以下网站上随时确认预约当天的气象特报。
    (https://www.accuweather.com/zh/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
預約前說明事項
  • 最晚請於預約日期3天前完成預約。
  • 最多可申請10人。
    (※ 景福宮, 昌德宮, 昌慶宮是例外 最多可申請20人)
  • 已完成預約的團體若人數超過限制,可於前一天下午5點前追加預約。
  • 每月15日將開放下個月的預約。
  • 若有發燒或呼吸道症狀(發燒、咳嗽、咳痰、肌肉酸痛、鼻塞、喉嚨痛),請避免參與本活動。
  • 未有保護者同行的未滿14歲兒童遊客,會在現場取消參與資格。
  • 氣象特報(酷暑、颱風、暴雨 、霧霾 等)而導致徒步觀光無法進行時,將一律取消所有預約。(發布限令時將立即取消)
    ※ 請在以下網站上隨時確認預約當天的氣象特報。
    (https://www.accuweather.com/zh/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
  • 進行解說時,對於有可能發生的安全事故,首爾徒步解說觀光事務局和首爾文化觀光解說員概不負責。
預約前說明事項
  • 觀光日基準最少1日前方可進行預約。
  • 本線路是為了行動不便者(行動不便的高齡者、殘疾人、嬰兒車利用者等)的路線。
  • 無輔助人員(或同行人)伴隨時,不可利用。
    ※ 步行不便者1名至少需要1名以上的輔助人員陪同。
    ※ 電動輔助器具(電動輪椅、電動獨輪車等)使用者時,每壹位輔助人員最多可陪同 4名步行不便者。
  • 希望觀光的日期及線路上無解說員時,預約有可能被取消。
  • 為了確認預約,徒步觀光事務局(02-6925-0777)會致電進行確認。
    (最少5日~壹個月前) 3次以上無法連接時,預約將被取消。
  • 進行解說時,對於有可能發生的安全事故,徒步觀光事務局和首爾文化觀光 解說員概不負責。
  • 氣象特報(酷暑、颱風、暴雨 、霧霾 等)而導致徒步觀光無法進行時,將一律取消所有預約。(發布限令時將立即取消)
    ※ 請在以下網站上隨時確認預約當天的氣象特報。
    (https://www.accuweather.com/zh/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)