Published Date : 13.02.2025 / Edited Date : 13.02.2025
Musim sejuk di Seoul mungkin kelihatan kurang sesuai untuk meneroka bandar ini, tetapi dengan memilih tempat yang sesuai, anda akan menemukan ruang budaya yang memikat, ideal untuk berbual santai, menikmati minuman hangat dan merasai inspirasi. Dengan tempat-tempat yang menggabungkan seni, budaya dan gaya hidup, Seoul menawarkan tempat perlindungan daripada kesejukan yang sempurna. Berikut ialah empat destinasi ideal yang akan menjadikan pengalaman musim sejuk anda istimewa.
01. ㅎㄷCAFE (Hongdae café)
Terletak di tengah-tengah jalan seni yang meriah di Hongdae (kawasan Universiti Hongik), Hongdae Cafe ialah ruang budaya unik yang direka untuk golongan milenial dan Gen Z. Setiap daripada sembilan tingkat kafe ini menampilkan tema yang unik, lengkap dengan bumbung yang menakjubkan, serta menawarkan pemandangan yang meliputi Yeouido di seberang Sungai Hangang.
Di tingkat “LP”, anda boleh merasai pengalaman muzik sepenuhnya; manakala di tingkat “K-pop”, anda boleh bersantai di kerusi beanbag (beg kekacang) sambil menonton seni media yang dipaparkan di seluruh dinding. Terdapat juga ruang yang diilhamkan oleh rumah hijau kaktus. Sama ada anda ingin berbual santai atau mencari pengalaman seni yang bertenaga, Hongdae Cafe memenuhi kedua-dua kehendak tersebut dengan sempurna.
Petua: Jangan lupa menikmati pemandangan matahari terbenam dari bumbung. Jika anda perlu menyimpan barang, lokar disediakan di aras bawah tanah untuk semua pengunjung.
04041 68, Eoulmadang-ro, Mapo-gu, Seoul Setiap Hari 11:00 - 21:00 Laluan 2, Stesen Hapjeong, Pintu Keluar 3 (822m, 14 minit berjalan kaki)
02. Tongui-dong Boan Inn
Bagi mereka yang ingin merasai gabungan sejarah dan budaya moden, BOAN 1942 ialah tempat yang wajib dikunjungi. Bangunan bersejarah ini, yang dahulunya merupakan sebuah tempat penginapan dari 1942 hingga 2005, telah diubah suai menjadi ruang budaya serba guna. Boan Inn asal kini dihubungkan dengan BOAN 1942 yang baru dibina melalui sebuah koridor, menggabungkan unsur lama dan baharu dengan sempurna.
Selepas meluangkan masa di kedai buku yang selesa, nikmati pemandangan tembok Istana Gyeongbokgung bersama rakan-rakan sambil memikirkan tentang pemeliharaan sejarah dan evolusi Seoul yang unik.
Petua:Dari tempat duduk di sebelah tingkap, anda boleh menikmati pemandangan indah Gerbang Yeongchumun, pintu gerbang barat Istana Gyeongbokgung.
03044 33, Hyoja-ro, Jongno-gu, Seoul Selasa-Ahad 12:00 - 18:00 (Tutup pada hari Isnin) Laluan 3, Stesen Gyeongbokgung, Pintu Keluar 3 (580m, 10 minit berjalan kaki)
03. Musinsa Terrace Seongsu
Musinsa Terrace Seongsu, yang terletak di Seongsu-dong, sering disebut sebagai “Brooklyn” Seoul, ialah ruang budaya bergaya yang menggambarkan suasana bandar yang moden dan elegan. Dibangunkan oleh platform fesyen dalam talian terkemuka di Korea, ruang ini menjadi tuan rumah pelbagai acara, termasuk pameran sementara, pertunjukan dan acara khas.
Tempat ini sangat popular dalam kalangan peminat fesyen, individu yang peka terhadap trend dan mereka yang mencari tempat bergaya untuk bersantai, menyediakan persekitaran interaktif untuk meneroka trend fesyen terkini di Korea.
Petua: Perlu diingatkan bahawa tempat ini mungkin ditutup jika tiada acara yang dijadualkan, jadi pastikan anda menyemak laman web rasmi atau media sosial untuk mendapatkan kemas kini acara sebelum merancang lawatan anda.
04782 3F, 104, Achasan-ro, Seongdong-gu, Seoul (Seongsu-dong 2(i)-ga, Starlit Seongsu) Setiap Hari 12:00 - 20:00(*Tempat ini mungkin tidak dibuka semasa acara atau tempoh penyediaan pameran sementara.) Laluan 2, Stesen Seongsu, Pintu Keluar 4 (74m, 1 minit berjalan kaki)
04. CheckGrow
CheckGrow ialah destinasi terbaik bagi sesiapa yang ingin menyelami dunia buku dengan persekitaran yang tenang. Dengan tingkap besar yang menawarkan pemandangan Sungai Hangang, tempat ini sempurna untuk menikmati bacaan buku sambil menyaksikan pemandangan bandar pada hari yang cerah. Checkgrow, sebuah ruang unik yang menggabungkan kedai buku dan kafe, menawarkan daya tarikan yang berbeza di setiap tingkat. Di tingkat 8, pengunjung boleh menikmati minuman sambil melihat pemandangan Sungai Han, manakala di tingkat 9, terdapat kedai buku dan kafe atas bumbung yang membolehkan mereka menikmati membaca dan bersantai pada masa yang sama.
Direka untuk membaca, berfikir dan bersantai, ruang bertingkat ini sangat sesuai untuk menikmati minuman hangat sambil membaca atau bekerja.
Petua: Beberapa kawasan mungkin menghendaki anda menanggalkan kasut, jadi anda disarankan untuk memakai kasut yang selesa dan mudah ditanggalkan.
04178 31, Mapo-daero 4da-gil, Mapo-gu, Seoul Setiap Hari 09:30 - 21:30 Laluan 5, Stesen Mapo, Pintu Keluar 4 (549m[오전4] , 10 minit berjalan kaki)
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)