Sebuah Bandar akan berubah mengikut berjalannya masa. Bangunan muncul dan hilang, dan lorong-lorong baru terbentuk. Seoul masih lagi terasa baru walaupun dengan sejarahnya yang panjang. Hal Itu kerana masa meresap ke setiap kawasan kejiranan dan setiap lorong hingga membolehkan anda bertemu wajah istimewa di tempat yang tidak dijangka.
Mullae-dong khususnya, yang berfungsi mengisi lorong dengan pesona mereka tersendiri dengan ciri istimewa mengembangkan seni dan industri wujud bersamaan. Mari kita pergi ke Mullae-dong, tempat dimana seni berkembang di kalangan suasana keluli berkarat.
Di mana roda dan enjin berputar,
ia akan membuahkan sebuah seni.
Terdapat banyak versi cerita tentang asal usul nama Mullae-dong. Ada teori yang menghatakan ianya berasal daripada perkataan Mullae (文來) kerana ia bermaksud 'the literature is coming', manakala versi lainya pula menceritakan ianya berasal daripada menukar perkataan 'mulle' yang bermaksud 'roda berputar' untuk benang lilitan menjadi Munlae-dong. Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan fakta bahawa terdapat banyak syarikat tekstil besar di Mullae-dong pada masa lalu. Oleh itu, kesimpulan yang di ambil adalah cerita bahawa perkataan 'mulle' atau 'roda berputar' ditukar kepada 'Mullae' adalah lebih meyakinkan dan terpakai sehingga menjadi kepercayaan masyarakat sehingga kini.
Yeongdeungpo-gu merupakan kawasan perindustrian yang telah lama menjadi kawasan yang dipenuhi dengan kilang. Malah menjadi salah satu tempat yang menjadikan asas perindustrian kerja keluli yang menghasilkan pelbagai bahagian mekanikal di Mullae-dong. Kawasan ini pernah menempuhi zaman kegemilangannya pada masanya, namun juga pernah mengalami tempoh kemerosotan apabila industri berubah, dan bunyi jentera yang sibuk beransur-ansur berkurangan dan jejak orang ramai semakin berkurangan.
Namun, pada tahun 2000-an, angin baru mula bertiup mengubah suasana tempat tersebut. Artis muda yang mencari sewa murah berduyun-duyun ke tempat ini. Suasana telah berubah apabila suara artis muda itu mewujudkan harmoni di tempat ini yang dulunya hanya bunyi besi mengikis kedengaran lesu dan hampa. Ketika jalan-jalan lama kilang dicat dengan rasa seni, bersama-sama dengan kesukaan retro, bunga yang dipanggil 'seni' mekar mewangi disebalik timbunan besi dan jentera. Tempat ini dilahirkan semula sebagai Mullae-dong, yang digemari sebagai tempat terhangat sepanjang zaman di mana kenangan masa lalu dan masa kini terbentuk secara harmoni.
Kelahiran lorong baharu melangkaui perbezaan generasi dan budaya,
Mullae-dong Steel Alley
Mullae-dong Steel Alley bermula hanya dengan sekeping besar grafiti yang kelihatan seperti karya seni. Dengan latarkan lukisan dan huruf berwarna-warni yang menghiasi dinding luar bangunan lama, di mana bunyi enjin dan serbuk logam berterbang memenuhi ruang.
Ianya menarik perhatian dengan beberapa patung berbentuk keluli mengingatkan kita kepada tempat ini pada zaman dahulu. Di tempat ini, objek yang hilang dan objek yang baru dicipta sejajar dan ruang seperti harta karun tersembunyi di sana sini. Di tempat persembunyian artis ini, terdapat pelbagai jenis bengkel, kafe, bar, kerja keluli dan restoran lama.
Seolah-olah mencari imej tersembunyi atau menempuhi meneroka labirin yang berliku. Dengan berjalan melalui lorong-lorong ini, anda boleh menikmati pemandangan unik percikan api kimpalan yang datang dari kilang keluli dan sebaliknya anda juga boleh melihat karya seni artis yang sedang mekar di sebalik kilang keluli dengan pintu yang tertutup tersebut. Jom terokai Mullae-dong Steel Alley yang penuh dengan tarikan unik yang boleh dinikmati di lorong-lorong kota lama.
Mullae Art Village
ialah tempat berkumpul untuk artis lama dan artis muda
Memusing roda untuk menenun kain, memotong dan mengimpal logam, dan aktiviti kerja artis pada dasarnya adalah sama kerana mereka akhirnya mencipta sesuatu. Perkampungan Seni Mullae ialah tempat artis berkumpul serta dimana tempat artis dulu dan mencipta perkampungan seni baharu.
Di Mullae Art Village, lorong unik di mana kepekaan retro keluli dan deria canggih artis wujud bersamaan, setiap lorong dipenuhi dengan keistimewaannya sendiri. Galeri seni kecil memancarkan jiwa seni dan bengkel artis membuatkan orang ramai berhenti dan terpanggil untuk melihat. Kafe dan restoran bergaya bersebelahan dengan tempat istimewa seperti Gamaekjip yang hanya boleh ditemui di lorong lama pasti membolehkan anda merasai suasana unik dan mempersonakan Mullae Art Village.
Pelbagai pameran dan pertunjukan diadakan sepanjang tahun di galeri dan teater kecil dengan poster pameran dan poster pertunjukan dipasang di setiap lorong. Mari meluangkan masa pergi ke Kampung Seni Mullae yang istimewa, di mana dahulu dan sekarang wujud bersama dan penuh dengan perkara menarik untuk dilihat, diraikan dan dinikmati.
Kawasan berehat di bandar,
Mullae Neighborhood Park
Patung besar berbentuk roda berputar di pintu masuk menjelaskan bahawa Mullae-dong adalah tempat anda berdiri sekarang. Sejak dibuka pada tahun 1986, Mullae Neighbourhood Park juga telah dilengkapi dengan kemudahan keluarga seperti taman sukan pelbagai guna, laluan pejalan kaki, astaka oktagon, taman permainan dan pusat pengalaman hutan untuk kanak-kanak, menjadikannya tempat terbuka yang mesra pengguna yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong sebagai salah satu kawasan rehat.
Mullae Neighborhood Park ialah tempat yang terbaik untuk memulakan atau menamatkan perjalanan dan penerokaan ke Mullae-dong. Hal ini kerana, ia bersebelahan dengan 'Stesen Mullae' di laluan kereta api bawah tanah 2. Selain itu, ia juga merupakan tempat yang baik untuk bersiar-siar dan berehat di kelilingi dengan suasana alam semula jadi. Terdapat juga bangku penulen udara mesra alam, dan setiap tumbuhan di taman dilabelkan dengan nama serta mempunyai penjelasan yang baik. Jika anda menumpukan perhatian dengan teliti, anda akan menikmati keseronokan yang berbeza. Terdapat juga tempat letak kereta awam bersebelahan Mullae Neighborhood Park, menjadikannya mesra pengguna untuk perjalanan dengan kereta.
Masa untuk berehat dengan hembusan damai angin bertiup melalui celah-celah dedaun pepohonan hijau akan menjadikan perjalanan anda ke Mullae-dong, Seoul lebih menyeronokkan.
Artikel Berkaitan
|
|
Jamsil, kawasan dengan segala keseronokan melancong | Citarasa Seoul yang akan membuka selera makan anda yang hilang pada musim panas |