Angin sejuk yang menyentuh lembut pipi, dan haruman musim luruh yang menyapa deria bau, menyegarkan suasana. Langit tinggi membiru dengan sinaran mentari menyilaukan mata dan bunyi gemerisik daun menambahkan lagi suasana romantik musim luruh. Segala-galanya yang diterima melalui lima deria seolah-olah memberi isyarat masa yang sesuai untuk menikmati musim luruh.
Salah satu cara terbaik untuk menikmati musim luruh adalah dengan melihat dedaunan. Ketika anda berjalan melalui ladang dedaunan yang berwarna-warni, anda akan merasa seolah-olah anda telah 'tenggelam' dalam suasana pertengahan musim luruh. Jika anda ingin menyelami musim luruh sepenuhnya, Jom meneroka ke istana di Seoul. Mari kita rakamkan kenangan dan keindahan sepenuhnya musim luruh dengan mata dan hati kita di istana di Seoul, iaitu tempat di mana biasan warna rona merah dan biru bumbung istana cantik memukau setiap pandangan yang menyerupai warna musim luruh.