Tahap 1. Cinta Tak Berbalas
Gagal menarik perhatian si dia?! Sudahkah anda mencuba ‘escape room’?
Biar kami kongsikan satu tip bagi mereka yang dilamun cinta di luar sana! Apa kata anda bawa teman istimewa anda ke sebuah ‘escape room’ dan lihat jika ia dapat mencetuskan tindak balas di hatinya? Sama seperti mereka yang berasa seronok ketika menaiki permainan di taman tema atau menonton filem seram, perasaan cinta juga dikatakan serupa. Malah, ‘escape room’ menyediakan peluang yang baik untuk lebih mengalirkan emosi tersebut. Sekiranya anda mampu, cuba lakukan salah satu bilik ‘escape room’ yang mempunyai tema seram atau menggerunkan supaya menjadi lebih menarik! Seoul penuh dengan ‘escape room’ dan dapat dilihat tidak kisah ke mana sahaja anda pergi. Malah, lebih banyak berbanding dengan tempat lain di negara ini. “Mystery Room Escape” di kawasan Hongdae terutamanya, mempunyai fasiliti yang rapi dan dapat membentukkan lagi imaginasi supaya pengunjung dapat menikmati pengalaman yang lebih menarik. Main peranan sebagai detektif dan berusaha dalam menyelesaikan teka-teki bersama dan tanpa anda sedar, pemisah antara anda berdua yang pernah ada sebelum ini, akan hilang. Tetapi berhati-hati supaya tidak terlalu fokus dalam menyelesaikan teka-teki sehingga anda terlepas peluang yang sedia ada! Sekiranya anda ingin melangkah ke tahap seterusnya bersama teman anda, cubalah pergi ke ‘escape room’ dan menjayakannya!
#SeoulEscapeRoom #IndoorDate #HongdaeDate
Informasi
- Alamat 5-1, Jandari-ro, Mapo-gu, Seoul
- Laman Web Rasmi http://www.mysteryroomescape.com/
- Telefon +82-507-1328-1314
Tahap 2. Dating Kasual
Mahu nikmati makan malam yang romantis bersama pasangan?
Bagaimana dengan menikmati malam anda di restoran Ikseon-dong yang indah untuk menghidupkan lagi suasana? Drama popular, ‘Heart Signal’ misalnya, mempunyai banyak pemandangan berlatar belakangkan musim sejuk di Seoul dan kelihatan pasangan yang bermain cinta, menimbulkan banyak ketawa dalam kalangan penonton. Setiap babak yang ditayangkan dalam drama tersebut berjaya menangkap pemandangan yang memaparkan keindahan Seoul, dan salah satunya terletak di Ikseon-dong, yang sering dikunjungi dalam drama. Tidak ada suasana seperti suasana dalam yang hangat dan dikelilingi udara sejuk dari cuaca luar. Salah satu restoran terkenal di kawasan ini, Leblanseu, khususnya, dapat menyelaraskan ruang dalaman Perancis moden dengan barisan menu masakan Perancis buatan sendiri. Daripada menawarkan rangkaian menu yang berbeza, Leblanseu hanya menggunakan bahan-bahan yang segar untuk membuat hidangan yang sihat dan asli . Tempat ini merupakan tempat untuk anda bawa si dia jika anda ingin melangkah ke tahap seterusnya!
Tag! #IkseondongPopularRestaurants #HeartSignal #HomemadeFrenchCuisine #Leblanseu
Informasi
- Alamat 170-1, Ikseong-dong, Jongno-gu, Seoul
- Waktu Operasi Selasa - Sabtu 12:00-22:00 / Ahad 12:00-21:30 (Waktu Rehat 16:00 - 17:00) (KST)
- Telefon +82-507-1339-9951
Tahap 3. Cinta Baru
Bagaimana dengan berdating di Ikseon-dong pada hari Krismas?
Ia sangat mudah untuk terpesona dengan teman istimewa anda ketika anda mula-mula berpacaran secara rasmi. Tiada sebarang kesalahan yang anda lakukan. Tetapi, dalam keseronokan dan perbualan yang berterusan, ada saat-saat yang timbulnya perasaan sedikit canggung. Penyelesaiannya? Jalan-jalan mengambil angin dengan menikmati kehadiran satu sama lain. Selain itu, berjalan kaki dikatakan dapat meningkatkan pembebasan dopamin dalam badan yang membawa kepada pemikiran yang lebih kreatif, menambah lagi topik yang boleh dibincangkan. Di Ikseon-dong, aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika anda sedang bersiar tiada hadnya, dari pembuatan cincin ke pelbagai bengkel hingga barisan laman dan bunyi. Anda juga boleh berpakaian tradisional yang indah dan mengambil gambar yang tidak akan anda lupakan di sepanjang lorong hanok Ikseon-dong. Lorong-lorong yang sempit ini dengan cepat dipenuhi oleh orang ramai sehingga anda anehnya dapat merasakan seolah-olah Ikseon-dong mampu mengatasi cuaca musim sejuk. Sekali lagi, Ikseon-dong merupakan alternatif yang baik untuk meluangkan Krismas pertama anda. Ayuh kunjungi kawasan ini bersama teman istimewa anda pada musim sejuk!
#JongnoDate #ChristmasDateCourse
Informasi
- Alamat Ikseon-dong, Jongno-gu, Seoul
Tahap 4. Hubungan Selama 1-2 Tahun
Semua sudah dicuba! Ingin mencuba sesuatu yang baru?
Sekarang, anda berdua saling mempercayai dan sedang menikmati puncak dalam hubungan anda. Selama 1-2 tahun bersama, anda telah menerokai sekitar bandar sebagai duo yang tidak dapat dipisahkan. Tetapi sekarang, anda memerlukan rehat dari aktiviti yang biasa dilakukan seperti menonton wayang dan keluar makan, dan mula menginginkan sesuatu yang berbeza ketika janji. Malah, anda sudah menyimpan semua duit elaun dan gaji bulanan anda supaya dapat mengalami pengembaraan yang unik! Musim panas yang lalu, kami telah memperkenalkan jadual perjalanan yang lebih ekonomik, tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk menikmati duit tersebut dengan teman istimewa anda! Oleh itu, bagaimana dengan menginap di Rakkojae Hanok Hotel , sebuah hotel mewah di Bukchon Hanok Village. Hotel hanok tersebut menawarkan pelbagai aktiviti yang berbeza seperti program spa untuk pasangan di mana anda boleh bersantai bersama pasangan tercinta dan menerima rawatan sambil menikmati Boksundoga Makgeolli yang enak. Ketepikan segala perasaan gelisah ketika pengakhiran tahun yang semakin dekat dan bincangkan tentang masa depan bagi hubungan anda berdua. Ini merupakan masa rehat yang indah di mana kita dapat melarikan diri dari kesibukan luar dan mengambil masa yang tenang untuk diri sendiri. Oleh itu, nikmatilah minuman romantis bersama teman istimewa anda dan nantikan tahun baru yang dipenuhi kebahagiaan dengan senyuman.
CoupleSpa #HanokHotel #LuxuryDate # RakkojaeHanokHotel
Tahap 5. Jangka Panjang
Hidup bersama dalam keadaan sihat! Mari kita mendaki Dobongsan Mountain!
Pasangan yang bersama dalam jangka masa yang panjang mempunyai banyak kenangan setelah bertahun-tahun bersama. Ia merupakan satu dinamik yang unik antara dua orang yang lebih dari sekadar menjadi pasangan untuk berkeluarga dan kawan rapat. Apabila perkara yang disukai dan tidak disukai mula bertumpu, ia menjadi hubungan di mana mereka saling berkongsi susah dan senang bersama. Perasaan segan di masa lalu mungkin telah reda tetapi tidak ada satu perkara pun yang anda tidak lakukan untuk satu sama lain. Demi kesihatan anda, dan untuk mencipta kenangan yang baru, Dobongsan Mountain menyediakan trek yang sempurna untuk pasangan! Anda bermula dari Dobongsan Mountain di Bukhansan National Park dan menuju ke Madang-bawi. Ini membuatkan trek tersebut sedikit sukar, namun sangat memuaskan selepas itu. Itu sebabnya banyak pasangan gemar dengan trek ini. Dobongsan Mountain kelihatan lebih indah apabila penurunan salji yang pertama meninggalkan lapisan putih yang bersih di gunung. Tambahan lagi, dengan percutian penjarakan sosial yang berlangsung tahun ini, banyak pasangan memilih hobi baru dengan mencuba trek tersebut namun ia agak membahayakan kerana pergunungan Korea yang curam. Pastikan anda menyediakan semua peralatan dan keperluan penting sebelum menjejak kaki ke kawasan pergunungan untuk menikmati masa bersendirian bersama teman bertuah anda!
Trek Dongbansan Mountain untuk Pasangan: Dobongsan Mountain of Bukhansan National Park → Gwangnyungsa Temple → Dobongseowon Confucian Academy → Dobong Shelter → Cheonchuksa Temple → Madang-bawi
#CoupleHiking #SeoulHiking #DobongsanMountainSnow #SocialDistanceTraveling #WinterHiking
Informasi
- Alamat Dobong-dong, Dobong-gu, Seoul
- Telefon +82-2-954-2566
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.