Kini, sudah 30 tahun semenjak Olympic Park ditubuhkan. Pada tahun 1986 dan 1988, acara-acara besar seperti Sukan Asia dan Olimpik telah berlangsung di sini, menambahkan lagi daya tarikan pada taman yang popular dan digemari ini. Terdapat pelbagai jenis pemandangan untuk dinikmati apabila bersiar-siar di sekitar taman. Tiada dua kawasan yang sama akan dikesan di tanah seluas 1,400,000㎡, membuatkan pengunjung akan lebih seronok untuk berjalan-jalan dan meneroka taman ini. Tambahan pula, terdapat lima jenis laluan pejalan kaki, dan Mongchontoseong Fortress merupakan pusat taman tersebut. Di kawasan peninggalan lama Baekje, laluan ini agak terpinggir dan terpisah dari dunia luar. Laluan yang sejauh 2.3 kilometer ini menawarkan pelbagai pemandangan menarik dan cantik di Olympic Park. Antaranya adalah “Lone Tree” yang merupakan sebuah tempat bergambar yang sangat popular. Ketika rumah-rumah di sekitar Mongchontoseong Fortress dimusnahkan bagi menubuhkan taman ini, “Lone Tree” merupakan satu-satunya pokok yang bertahan dan terus hidup. Sebatang pokok yang terletak di tengah-tengah padang yang luas menghasilkan sebuah pemandangan yang sangat memukau.
Landasan kereta api yang suatu ketika dahulu berfungsi untuk membawa barang dagangan dan menjadi kenderaan bagi para pedagang sudah banyak berubah tahun demi tahun. Kini, landasan kereta api ini telah berubah menjadi laluan hutan yang diselubungi dengan kehijauan. Jarak landasan kereta api dari Yongsan Station ke Gajwa Station adalah sejauh 6.3 kilometer. Pada tahun 2012, kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan bermula dari landasan kereta api di bahagian Daeheung-dong. Akhirnya, Forest Park siap dan dibuka buat orang ramai pada Mei 2016. Bahagian Yeonnam-dong telah mengalami transformasi drastik berbanding bahagian-bahagian lain di taman ini. Bahagian ini diberi gelaran sebagai “Yeon-tral Park” kerana telah disamakan dengan Central park, New York, dan kini menjadi semakin popular. Pada hari ini, ianya sudah menjadi kebiasaan untuk orang ramai berkelah ataupun duduk membaca buku di bangku-bangku yang disediakan di taman tersebut. Di samping itu, terdapat Gyeongui Line Book Street yang terletak di hadapan Exit 6 Hongik University Station. Di tempat ini terdapat banyak gerai milik penerbit buku dan banyak acara buku diadakan di ruang budaya Gyeongui Line Book Street. Inilah tempat terbaik untuk anda memupuk jiwa sastera anda. Sebenarnya, terdapat banyak lagi perkara menarik yang akan membuatkan para pengunjung teruja untuk meneroka tempat-tempat yang terdapat di Gyeongui Line Forest Park ini kerana kawasan di sekitar landasan kereta api ini sentiasa dibangunkan dan dikembangkan.
Kawasan sekeliling Yeonnam-dong, Mapo-gu, Seoul parks.seoul.go.kr/ (Bahasa Korea)
Dibina di sepanjang tebing Mt. Naksan, Mt. Namsan, dan Mt. Inwangsan, tembok kubu ini menjadi sempadan ibu kota Hanyang ketika zaman Dinasti Joseon. Di dalam tembok ini terdapat sebuah kampung yang berkembang menjadi bandar kerana mempunyai sungai dan hutan yang subur. Walaupun suasana asli Hanyang sudah tiada dan kini menjadi bandar Seoul, tembok bersejarah ini tetap kukuh, dan berfungsi sebagai sebuah sempadan di kawasan bandar tersebut. Di dalam tembok sepanjang 18.6 kilometer ini, terdapat sebahagian kecil tembok di Naksan yang mengelilingi Hyehwamun Gate ke Heunginjimun Gate sejauh 2.1 kilometer. Popular kerana kelihatan seperti bonggolan di belakang unta, Naksan adalah gunung yang paling kecil dan paling mudah untuk didaki di antara empat gunung utama yang mengelilingi Seoul. Selain itu, Naksan Park yang melangkaui tembok kubu tersebut adalah tempat terbaik untuk anda berehat sambil menikmati pemandangan bandar Seoul yang cantik dan mengagumkan. Apabila suasana matahari terbenam mewarnai langit musim luruh dan perlahan-lahan menjadi gelap, lampu-lampu jalan akan mula menyala, memberikan pengunjung suasana yang tenang untuk menikmati pemandangan bandar pada waktu malam.
Menghubungkan Daehanmun Gate dan Jeong-dong, Deoksugung Stonewall Walkway - inspirasi di sebalik pelbagai lagu dan puisi - adalah laluan pejalan kaki Seoul yang paling popular dan digemari ramai. Apabila cuaca semakin sejuk, Stonewall Walkway mempunyai suasana yang begitu menenangkan. Tahun ini, suasana Stonewall Walkway memberikan dua kali ganda ketenangan memandangkan temboknya telah dipanjangkan. Pada Ogos 2017 yang lalu, sebahagian kecil tembok yang ditutup oleh kedutaan British telah dibuka semula kepada orang ramai setelah 58 tahun. Dari pintu belakang kedutaan British sehinggalah ke asrama pekerja, tembok ini telah diselaraskan dan dipanjangkan sejauh 100m untuk sampai ke Deoksugung Palace. Ianya dijangka untuk dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2018. Walaupun tembok ini merupakan sebahagian daripada Stonewall Walkway yang sama, namun ianya sedikit berbeza berbanding laluan dari Daehanmun Gate ke Jeong-dong. Bahagian baru tembok ini lebih rendah dan atapnya bertembung sedikit dengan dinding bata merah milik kedutaan British. Hayatilah sejarah Seoul apabila anda berjalan di laluan yang sama diambil oleh Raja Gojong dan Raja Sunjong untuk upacara ritual mereka. Para pengunjung boleh belajar lebih lanjut mengenai empayar Korea yang menarik melalui pameran yang diadakan di Jungmyeongjeon Hall tahun lalu.
41-11 Jeongdong-gil, Jung-gu, Seoul Selasa – Sabtu 09:00~21:00 KST, Ditutup pada hari Isnin +82-2-771-9951 http://www.deoksugung.go.kr:8081/
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakkan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.
본 코스는 보행약자(거동이 불편한 고령자, 장애인, 유모차 이용자 등)를 위한 코스입니다.
보호자를 동반하지 않을 시 이용이 불가능 합니다.※ 보행약자 1명당 보호자 최소 1인 이상 동반 ※ 전동보장구(전동휠체어, 전동스쿠터 등) 사용자의 경우 보호자 1인당 보행약자 최대 4인까지 동반 가능
희망하시는 날짜 및 코스에 활동가능한 해설사가 없는 경우 예약은 취소될 수 있습니다.
예약확인을 위해 도보관광 사무국(02-6925-0777)에서 확인 연락이 진행됩니다.(최소 5일~한달 전)3회 이상 전화통화가 이뤄지지 않을 시 예약이 취소될 수 있습니다.
해설 진행 시 발생하는 안전사고에 대해서 도보관광 사무국과 서울문화관광해설사는 책임을 지지 않습니다.
미세먼지 비상저감조치 발령 및 기타 기상악화(폭염, 태풍, 폭우 등)로 인해 도보관광 운영이 어려운 경우 모든 예약은 일괄 취소됩니다. (관광일 전날 기준)
Reservations must be made at least three days prior to the tour date.
Additional reservations, one or two days before the tour starts, are only allowed for the tour that is already fixed.
In the case of group tour, more than 10people, please contact us by e-mail.
Reservations for the following month are available from the 15th of the current month.
Please refrain from participating in any tour programs should you be experiencing any symptoms, including fever, coughing, congestion, muscle pain, stuffy nose, and/or sore throat.
Reservations for tourists 14 years & under without an accompanying adult or guardian shall be canceled on site.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)
The Seoul Guided Walking Tour administration office and tour guide affiliates are not responsible for any accidents that happen to occur during the tour program.
Reservation shall be made at least 1 week before the tour day.
The course is for tourists with mobility problems (Senior, people with disability, stroller user).
You may not use the course without an assistant (or companion) ※ At least one assistant shall accompany a tourist with mobility problem ※ In case of electric assisting device users (electric wheelchair, electric scooter users), one assistant may accompany up to 4 tourists with mobility problem
Reservation may be canceled when a guide is unavailable on the desired date and course.
Seoul Guided Walking Tour Office (02-6925-0777) will contact you to confirm reservation. (At least 5 days~1 month before tour day) Reservation may be canceled when Seoul Guided Walking Tour Office cannot reach you for more than 3 times.
Seoul Guided Walking Tour Office and Seoul culture and tourism guide are not liable for the safety accidents during the Seoul Guided Walking Tour.
All reservations will be canceled in the event of a weather warning being issued. (e.g. heatwave, typhoon, heavy rain, fine dust, etc.) (Cancellation will be processed immediately upon implementation)
※ Please always check the weather warning on the day of the reservation on the site below.
(https://www.accuweather.com/en/kr/seoul/226081/weather-forecast/226081)