Musim yang baru sudah tiba namun ramai masih teragak-agak untuk keluar rumah. Adakah terdapat lokasi untuk anda dan pasangan anda untuk berkunjung tanpa perlu risau mengenai Corona? Ayuh kita terokai lokasi yang hanya beroperasi melalui tempahan! Anda kini boleh berjanji temu dengan penuh yakin kerana bilangan pengunjung yang dibenarkan di lokasi-lokasi ini dalam satu masa amat terhad.
Korea House Gohojae
Minum petang istimewa diadakan sebanyak lima kali di Korea House bagi mempromosikan budaya tradisional Korea. Lokasi ini adalah Gohojae di mana anda boleh merasakan hidangan pencuci mulut diraja sambil beristirahat di rumah hanok yang senyap.
Di sini, meja hidangan manisan diraja tersusun rapi di atas lantai kayu dan bangunan ini juga mempunyai hiasan dalaman tradisional yang menarik. Mereka menghidangkan kek beras berwarna serta pencuci mulut tradisional Korea menggunakan bahan bermusim yang amat menggiurkan. Jika anda berminat untuk mencuba hidangan yang unik dan lain daripada yang lain ini, anda boleh membuat tempahan melalui aplikasi Naver.
Piknic Exhibition
Setiap musim, Piknic akan mengadakan pameran yang amat menarik! Kali ini, dengan bertemakan “GARDENING,” anda boleh merasai ketenangan dari hubungan bersama alam semula jadi.
Di sini, anda boleh menerokai gambaran taman dari pelbagai medium seperti seni pemasangan, klip video, serta seni lukisan. Ayuh kita legakan tubuh dan minda kita dari sebarang perasaan penat melalui pameran tumbuhan di taman ini! Tempahan untuk menghadiri pameran di Piknic boleh dilakukan melalui aplikasi Naver.
Restoran base is nice
'base is nice' merupakan restoran vegetarian yang pernah diperkenalkan dalam Michelin Guide pada tahun 2021. Hidangan yang diperbuat daripada sayur-sayuran ini dibanggakan dengan rupa bentuknya yang menarik dan berwarna-warni.
'base is nice' merupakan sebuah restoran yang dioperasi oleh seorang pekerja sahaja, tetapi ini bukan penghalang untuk anda merasai hidangan yang enak dan sihat! Tempahan boleh dibuat di aplikasi ‘Catch Table’.
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.