Populariti aktiviti mendaki masih lagi menjadi bualan ramai. Mendaki merupakan aktiviti luar yang boleh dilakukan tanpa perlunya bersentuhan fizikal yang amat sesuai bagi era penjarakan sosial sekarang. Inwangsan Mountain amat digemari oleh generasi MZ kerana laluannya yang tidak sukar serta terdapatnya kedai makan untuk dikunjungi sebelum dan selepas mendaki. Ayuh ikuti tiupan angin dingin musim luruh dan mendaki mengikut haluan di Inwangsan Mountain!
Pengenalan Haluan
Kami mengesyorkan anda untuk mengikuti haluan Inwangsan Mountain yang bermula dari Suseong-dong Valley ke Inwangsan Mountain dan berakhir di Sajik Park. Haluan ini menjaminkan pemandangan Seoul yang indah menghadap lembah di kaki gunung Inwangsan Mountain apabila anda mendaki, serta membelakangi Hanyangdoseong apabila anda menuruni gunung ini. Anda juga boleh singgah di restoran-restoran terkenal yang terletak di kawasan Seochon sebelum dan selepas anda mendaki.
Sebelum Pendakian Anda
Seochon HIVER
Alas perut amat penting sebelum anda memulakan aktiviti berat seperti mendaki. Nikmatilah hidangan roti di HIVER yang terletak di hadapan lembah Suseong-dong Valley! HIVER terkenal dengan roti baguette yang rangup dan berisikan inti pes kacang merah. Pastri Ang Butter manis yang terjual di sini juga akan pasti membuat anda lebih bertenaga.
Haluan Mendaki Inwangsan Mountain
Suseongdong Valley
Lembah Suseongdong Valley mempunyai pemandangan yang amat indah serta pernah dilukis oleh Jeongseon, seorang tokoh seni lukisan lanskap tradisional Korea. Ayuh kita lalui haluan Inwangsan Mountain Hiking Trail yang diindahi tumbuhan hijau serta anak sungai yang menenangkan di lembah Suseong-dong Valley.
Inwang Guard Post Forest Retreat
Jika ada mengikuti laluan mendaki yang ditetapkan, anda akan terserempak dengan sebuah bangunan moden yang unik. Lokasi ini merupakan ruangan rehat di dalam hutan yang pernah digunakan sebagai pondok keselamatan tetapi kini berfungsi sebagai ruangan berteduh bagi pengunjung. Ayuh kita rehatkan sebentar tubuh kita yang lesu di sini sebelum meneruskan perjalanan kita ke lokasi seterusnya.
Inwangsan Mountain Summit (Puncak Gunung)
Apabila anda tiba di puncak gunung Inwangsan Mountain, anda akan dihidangkan dengan pemandangan panorama bandar Seoul. Dari posisi ini, anda boleh melihat mercu tanda Seoul seperti Namsan Tower dan Lotte Tower sekaligus. Jangan lupa untuk mengambil gambar Satgatbawi Rock yang terletak di tengah-tengah puncak gunung ini!
Seoul City Wall Trail
Setelah puas menikmati keindahan di puncak gunung Inwangsan Mountain, ayuh kita terokai pula Seoul City Wall Trail! Anda boleh menuruni gunung ini sambil melihat kecantikan pemandangan Namsan yang berada di bahagian belakang Seoul City Wall. Pemandangan ini sudah pasti akan menghilangkan tekanan dan kepenatan bekerja anda sepanjang minggu.
Artikel Berkaitan
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.