Musim luruh, musim terbaik untuk berkhemah. Musim ini mempunyai cuaca yang tidak terlalu sejuk mahupun panas dan merupakan antara masa yang tepat untuk aktiviti perkhemahan. Aktiviti ini menjaminkan anda untuk menikmati keindahan bandar Seoul sambil ditiduri daun-daun musim luruh yang berguguran. Kami perkenalkan empat lokasi yang akan buat anda terfikir “Benarkah ini Seoul?” Ayuh kita lawati tapak perkhemahan di Seoul bersama orang tersayang pada musim luruh yang serba indah ini!
Cheonwangsan
Family Camping
Ground
Cheonwangsan Family Camping Ground merupakan lokasi yang dikelilingi hutan serta dilengkapi trek yang akan membawa anda ke kawasan pergunungan, menjadikan lokasi perkhemahan yang penuh romantis ditemani alam semula jadi. Lokasi yang baru sahaja dibuka pada tahun 2020 ini amatlah kemas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Terdapat 30 tapak perkhemahan di Cheonwangsan Mountain, jadi anda boleh beristirahat dengan tenang dan nyaman tanpa perlu risau akan suasana sibuk dan bising. Lokasi ini juga tersedia dengan kawasan parkir di sebelah dek auto bagi mereka yang ingin berkhemah menggunakan kereta! Setiap tapak dilengkapi dengan meja piknik dan servis sewaan keperluan perkhemahan yang anda ingini.
Ayuh rasai suasana romantis
musim luruh di tapak perkhemahan
bersebelahan kawasan pergunungan.
Noeul Campgrounds yang terletak di kawasan bukit di pertengahan bandar Seoul ini merupakan lokasi perkhemahan di mana anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam. Terdapat taman permainan air semula jadi serta Nuae Ecological Experience Center di lokasi ini, menjadikannya lokasi yang amat baik bagi ahli keluarga yang mempunyai anak kecil. Anda juga boleh melihat rumput perak, serta muhly merah jambu di Haneul Park yang terletak betul-betul bersebelahan lokasi ini.
Walaupun anda tidak boleh memandu ke Noeul Campgrounds, terdapat tren elektronik yang bergelar “Maengkkongi Train” disediakan untuk anda berulang-alik dari kawasan parkir ke lokasi ini. Hal ini sedikit merumitkan namun kami pasti anda akan rasa penat lelah anda berbaloi saat anda melihat tapak perkhemahan yang luas dan menenangkan serta dipenuhi khemah ini!
Jangan lepaskan peluang menikmati
musim luruh sambil melihat matahar
terbenam di sebalik bukit-bukit.
Jika anda tertarik dengan suasana Hangang River, apa kata anda kunjungi Nanji Camp? Tapak perkhemahan yang terletak di Nanji Hangang Park ini menawarkan pengalaman perkhemahan yang menyeronokkan berdekatan Hangang River serta ditiup bayu sungai yang dingin.
Nanji Camp telah diubah suai sepenuhnya pada tahun 2021 dan dibuka semula sebagai tapak perkhemahan yang amat selesa. Lokasi ini merangkumi 124 tapak perkhemahan yang terbahagi kepada zon perkhemahan am, zon ‘glamping’, zon pra-perkhemahan, zon barbeku, dan zon unggun api, yang memberi peluang kepada pengunjung merasai pelbagai aktiviti perkhemahan.
Ayuh nikmati
suasana musim luruh
ditemani bayu sungai.
Jungnang Camping Forest ialah lokasi bagi anda beristirahat walaupun anda berada di pertengahan bandar. Terdapat pelbagai kemudahan yang menarik bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk dinikmati. Sebagai contoh, terdapat pelbagai kemudahan aktiviti bagi golongan muda seperti aktiviti pengalaman hutan bagi remaja, pusat pembelajaran pengalaman hutan, dan taman permainan kanak-kanak, yang amat disyorkan bagi mereka yang ingin berkhemah bersama ahli keluarga.
Jungnang Camping Forest dilengkapi Easy Camping, di mana anda boleh menyewa semua kelengkapan perkhemahan, serta tapak barbeku keluarga bagi mereka yang hanya ingin melakukan aktiviti barbeku sahaja tanpa perlu berkhemah, dan ia amatlah disarankan bagi mereka yang ingin berkunjung sebentar selepas kepenatan seharian bekerja.
Ayuh nikmati perkhemahan
yang dipenuhi aktiviti
serta dikelilingi alam semula jadi.
Artikel Berkaitan
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakkan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.