Semua Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi ke Seoul
Visa
Pelawat yang memasuki Republik Korea (ROK) mesti memegang pasport dan visa yang sah untuk memasuki negara ini. Warganegara bagi negara yang mempunyai pengecualian visa atau bebas visa boleh memasuki negara ini tanpa visa untuk tujuan pelancongan sahaja. Untuk sebarang tujuan lain, seperti tenaga pengajar, visa lain yang bersesuaian diperlukan. Warganegara bagi negara yang tidak mempunyai pengecualian visa, mesti memohon di kedutaan atau konsulat Korea berhampiran sebelum memasuki ROK.
※ Negara yang diberi kemasukan tanpa visa untuk pemegang pasport am. Warganegara dari negara-negara berikut dibenarkan masuk dan tinggal di ROK selama 30 hari tanpa visa bagi tujuan pelancongan atau lawatan.
Countries with visa-free entry for general passport holders [Table 1]
Continent | Country / Region |
---|
Asia (8 countries) | Japan, Hong Kong, Macao, Taiwan, Brunei (30), Singapore, Malaysia, Thailand |
---|
Americas (32 countries) | United States, Canada (6 months), Guyana (30), Guatemala, Grenada, Nicaragua, Dominican Republic, Dominica, Mexico, Barbados, Bahamas, Venezuela, Brazil, Saint Lucia, Saint Vincent & the Grenadines, Saint Kitts & Nevis, Suriname, Argentina (30), Haiti, Antigua & Barbuda, Ecuador, El Salvador, Honduras (30), Uruguay, Jamaica, Chile, Costa Rica, Colombia, Trinidad & Tobago, Panama, Paraguay (30), Peru |
---|
Europe (43 countries) | Andorra (30), Monaco (30), San Marino (30), Cyprus (30), Albania (30), Croatia, Slovenia, Vatican City (30), Bosnia-Herzegovina (30), Serbia, Montenegro (30), Greece, Netherlands, Norway (90 days within a 180-day period), Denmark (90 days within a 180-day period), Germany, Latvia, Russia (60 days / 90 days total within a 180-day period), Romania, Luxembourg, Lithuania, Lichtenstein, Malta, Belgium, Bulgaria, Sweden (90 days within a 180-day period), Switzerland, Spain, Slovakia, Iceland (90 days within a 181-day period), Ireland, Estonia (90 days within a 180-day period), United Kingdom, Austria, Italy, Czech Republic, Kazakhstan (30), Turkey, Portugal (90 days within a 180-day period), Poland, France, Finland (90 days within a 180-day period), Hungary |
---|
Oceania (13 countries) | Australia, Guam (30), Fiji (30), Nauru (30), Palau (30), Kiribati (30), Marshall Islands (30), Solomon Islands (30), Micronesia (30), Samoa (30), Tuvalu (30), Tonga (30), New Zealand |
---|
Africa & Middle East (16 countries) | Republic of South Africa (30), Mauritius (30), Seychelles (30), Swaziland (30), Botswana, Morocco, Saudi Arabia (30), Arab Emirates, Oman (30), Qatar (30), Kuwait, Bahrain (30), Liberia**, Lesotho (60), Israel, Tunisia (30) |
---|
** Visa-waiver agreement with Liberia has been temporarily suspended as of July 18, 2019
Source: Korea Tourism Organization
※ Please note that the above information may be subject to changes.
※ Countries that are granted visa-free entry for general passport holders. Nationals of the following countries are allowed to enter and stay in ROK for up to 30 days of visa-free sojourn for tourism or visitation.
Senarai negara-negara Visa Waiver Program (as of Oct. 2020)
Maklumat lanjut tentang visa
Imigresen dan Kastam
Setelah mendarat dari kapal terbang, ikut papan tanda untuk menuju ke imigresen. Warganegara asing yang tidak bermastautin di sini mesti mengisi Kad Ketibaan seperti gambar di bawah.
0. Family (last) name
1. Given name(s)
2. Jantina
3. Kewarganegaraan
4. Tarikh Lahir
5. Pekerjaan
6. Alamat di Korea (Nama hotel, alamat, dsb.)
7. Nombor untuk dihubungi di Korea
8. Tujuan lawatan
9. Tandatangan
※ Selepas melepasi imigresen dan menuntut bagasi, anda mesti melepasi pusat pemeriksaan kastam sebelum keluar dari terminal. Anda mesti menunjukkan borang pengakuan kastam walaupun jika anda tidak mempunyai apa-apa untuk diisytiharkan. Sekiranya melancong bersama keluarga, anda boleh mengisi satu kad untuk seisi keluarga.
Smart Entry Service (SES)
Selain daripada melalui kaunter imigresen secara langsung, peserta program SES boleh melalui imigresen menggunakan pagar automatik yang cuma mengambil masa 12 saat.
※ Ketahui lebih lanjut di www.hikorea.go.kr
Had Pengecualian Cukai & Keperluan Pengisytiharan
Item bebas cukai tidak boleh melebihi 1 botol alkohol (1 liter), 10 karton rokok dan 60 ml minyak wangi, sementara had umur pembelian untuk produk alkohol dan tembakau di ROK ialah 19 tahun dan ke atas. Biasanya, duti dan cukai tidak diperlukan untuk barangan dengan jumlah bernilai USD400. Selain itu, jika anda memasuki negara dengan membawa wang tunai melebihi USD 10,000 (atau setara dalam mata wang asing, ini mesti diisytiharkan kepada kastam.
※ Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kastam, sila rujuk laman web rasmi Perkhidmatan Kastam Korea (Korea Customs Service).
Laman web: www.customs.go.kr
※ Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan imigresen, sila rujuk laman web rasmi Perkhidmatan Imigresen Korea (Korea Immigration Service).
Laman web: www.hikorea.go.kr
※ Tel: 1345 (tanpa kod kawasan)