langkau navigasi
Musim
> Maklumat Perjalanan> About Seoul> Musim

Iklim dan Cuaca di Seoul

Empat Musim

Seoul menikmati iklim sederhana dengan empat musim yang berbeza. Sesungguhnya, perubahan musim telah memberi inspirasi kepada seniman dan penyair Korea selama berabad-abad. Melihat perubahan di lanskap seiring berlalunya musim adalah salah satu kegembiraan hidup di Seoul. Walaupun bandar ini paling indah pada musim bunga dan musim luruh, musim panas dan musim sejuk sangat indah, menjadikan Seoul tempat yang sesuai untuk dikunjungi sepanjang tahun setiap musim


Musim Bunga

Musim bunga di Seoul bermula pada bulan Mac dan berakhir sehingga bulan Mei. Purata suhu pada setiap hari adalah 5.7 darjah Celsius dalam bulan Mac hingga 17.8 darjah Celsius dalam bulan Mei. Akibta pengaruh anticlone langit biasanya cerah, walaupun ribut pasir dari wilayah Gurun Gobi China dan Mongolia kadangkala muncul. Udara juga kering terutamanya pada masa ini, jadi berhati-hatilah ketika mendaki agar tidak menyebabkan kebakaran hutan. Bunga pada musim ini seperti bunga sakura, krisan, dan azalea dapat dilihat di mana-mana, terutamanya berdekatan Yeouido — digambarkan sebagai “Seoul's Manhattan” — bahkan ada festival bunga sakura yang sangat popular yang tidak boleh dilepaskan


Musim Panas

Beginning in June and ending in August, the Korean summer is hot and humid, with average mean temperatures peaking at 25.7 degrees Celsius in August. The Korean rainy season, or jangma, begins in mid-June and continues for about a month. Compared with some other countries that experience monsoon, however, the rains are not especially heavy, with monthly precipitation peaking at 383 millimeters in July. Green spaces in Seoul such as parks and mountains become especially verdant due to the moisture. Popular summertime activities in Seoul include biking, swimming, in-line skating, and windsurfing on the Hangang River.


Musim Luruh

Musim luruh adalah musim yang indah di Seoul. Suhu mulai sejuk, langit tinggi dan biru kobalt, dan lereng bukit dihiasi dengan warna emas dan merah yang terang. Istana-istana di Seoul, dengan tama-taman luas yang di isi dengan pokok mapel, ginkgo dan zelkova, sangat berwarna-warni dan menjadikan suasana musim luruh yang sempurna. Banyak warga Seoul mendaki gunung pada musim ini untuk menikmati warna dan keindahan semula jadi. Musim luruh Korea bermula pada bulan September dan berakhir pada bulan November. Chuseok, perayaan musim menuai Korea, jatuh pada musim luruh.


Musim Sejuk

Musim sejuk di Seoul, yang bermula dari bulan Disember hingga Februari, boleh menjadi agak sejuk kerana sistem tekanan tinggi Siberia yang membawa angin dari utara yang sejuk. Kadangkala suhu jatuh ke negatif 15 darjah Celsius dan biasanya Han River menjadi beku. Secara amnya, Korea mengalami kitaran mingguan daripada tiga hari sejuk dan diikuti dengan empat hari sederhana, satu fenomena yang dikenali sebagai "samha saon" Korea. Salji lebat turun secara berkala di bandar. Apabila ia tiba, taman bertukar kepada landskap putih yang berkilau. Seollal, perayaan Tahun Baharu Lunar, jatuh pada musim sejuk.