Alam Semulajadi yang Menenangkan di tengah-tengah bandar Seoul
#Green
Apakah bayangan anda terhadap Seoul?
Dalam video "Beauty Inside Seoul," yang telah mula ditayangkan semenjak pengakhiran musim panas, anda boleh melihat empat perspektif Seoul yang berbeza mengikut pilihan anda! Kami sarankan kepada anda #Green jika anda ingin beristirahat daripada rutin kehidupan harian yang rumit dan merunsingkan. Ayuh terokai lokasi menenangkan di Seoul bersama ikon baharu Visit Seoul, Song Kang.
Seoul Forest
Seoul Forest, sebuah lokasi dimana pengunjung boleh menghirup udara segar, merupakan sebuah tempat yang amat menenangkan dimana ia dipenuhi tumbuhan hijau, dan boleh dijumpai di kawasan tengah bandar. Tempat ini telah dibanggakan dengan pemandangannya yang cantik dan menenangkan sepanjang empat-empat musim, serta dapat melegakan minda yang penat daripada kehidupan bandar yang penuh pancaroba. Pakailah pakaian yang selesa dan ayuh bersiar bersama Song Kang di Forest Trail.
Cheonsang Seongsu
Dimanakah tempat yang Song Kang akan berkunjung untuk bersantai? Sudah semestinya kafe rumah tanaman dimana pengunjung boleh merasakan sinaran cahaya semula jadi yang dapat menyuamkan tubuh mereka secara perlahan. Kafe ini dipenuhi tumbuhan hijau, mewujudkan suasana seperti berada di taman botani. Pengunjung pasti akan dapat menikmati aroma kopi segar dan pencuci mulut yang manis sambil dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau!
Cheonggyecheon Stream
Cheonggyecheon Stream, yang mengalir di tengah-tengah pusat bandar yang dipenuhi bangunanan-bangunan pencakar langit telah dikenali sebagai lokasi ‘healing’ atau menenangkan di Seoul. Cheonggyecheon Stream dapat memberi semula tenaga kepada mereka yang sudah lelah dengan kerunsingan bandar melalui suasana alam semulajadinya yang menenangkan. Ayuh bersantai sambil menonton anak sungai mengalir tenang, ikan-ikan bermain riang, serta tumbuh-tumbuhan yang subur ditiup angin sepoi-sepoi.
Seokchon Lake
Barisan pokok-pokok di sekeliling Seokchon Lake dan laluan pejalan kaki yang mengelilinginya mewujudkan sebuah suasana yang menarik dan menyegarkan di pertengahan bandar Seoul. Tasik ini merupakan sebuah lokasi yang sempurna bagi mereka yang ingin melarikan diri sebentar ke kawasan yang dipenuhi alam semulajadi dimana pengunjung boleh melihat lanskap berbeza setiap kali mereka bersiar di sini seperti Lotte World Tower yang menakjubkan serta beberapa mural yang unik sepanjang laluan pengunjung bersiar. Pengunjung boleh bersiar mengelilingi Seokchon Lake sambil membayang anda sedang bersiar bersama Song Kang dalam eksplorasi urban beliau.
Ttukseom Hangang River Park
Song Kang telah menaiki servis sewaan basikal awam Ttareungi ke Ttukseom Hangang River Park untuk mencari lokasi berkelah yang sesuai, bersebelahan Hangang River. Ttukseom Hangang River Park merupakan lokasi berkelah terbaik bagi mereka yang ingin beristirahat di sebelah sungai. Sungai yang deras serta pokok-pokok subur meninggi akan pasti dapat menenangkan minda anda dengan segera. Bersantai, fokus pada tiupan angin bayu, dan nikmati masa anda bertemankan bunyian alam semulajadi yang melegakan.
Seoul yang manakah yang ingin anda lawati?
Ayuh terokai kesemua 4 perspektif pelancongan Seoul bersama Song Kang
Terokai lebih banyak tarikan di Seoul bersama Song Kang
※ Masa dan maklumat operasi boleh berubah mengikut panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh Kerajaan Korea. Anda dinasihati untuk menyemak semula sebelum berkunjung ke tempat-tempat ini.